Masalah Rumput Sambau Di Kawasan Ladang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang sejenis rumput yang bernama rumput sambau. Bagi sesiapa yang menjalankan aktiviti pertanian semestinya pernah terjumpa sepsies rumput sambau ini. Anda boleh lihat contoh gambar rumput sambau yang saya ambil diladang dibawah.

Rumput sambau mempunyai daun halus dan batang yang liat. Rumput dewasa akan mengeluarkan bunga yang banyak dan menyebarkan benih untuk pembiakan rumput yang baru. Jika tidak di kawal, kawasan ladang akan penuh dengan rumput sambau ini. Ini menjadi sebahagian masalah kepada petani kerana perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membunuh rumput sambau ini. Bukan semua jenis racun mampu membunuh rumput ini.

Dari mana rumput ini datang? Persoalan yang saya pun sukar nak jawab. Dari kajian saya, kawasan tanaman sayur-sayuran memang terdapat banyak rumput sambau ini berbanding kawasan tanaman lain. Rumput ini mudah sangat membiak dikawasan tanaman sayur-sayuran. Setelah diteliti, kawasan yang menggunakan baja tahi ayam organik dari kandang adalah tempat paling banyak rumput ini tumbuh. Adakah benih rumput ini berasal dari baja tahi ayam tersebut? Saya pun tidak pernah melihat sendiri bagamana tahi ayam organik ini dikumpulkan dikandang.

Terdapat 2 cara untuk membunuh rumput sambau ini. Pertama, dengan cara cangkul semua rumput sambau ini. Kerja ini memang memenatkan dan memerlukan kos  tenaga kerja yang tinggi untuk cangkul semua rumput. Bayangkan jika kawasan anda seluas 10 ekar. Bila nak siap cangkul? Tapi, cara ini memang berkesan membunuh rumput sambau ini.

Cara kedua adalah dengan meracun rumput sambau ini. Juga memerlukan kos yang tinggi untuk membeli racun. Bukan semua jenis racun sesuai. Saya pernah meracun rumput sambau ini dengan racun ecomax (glyphosate isopropylamine) sebanyak 3 kali,tapi  rumput sambau ni masih segar. Setakat ni ada 2 jenis racun yang saya tahu untuk membunuh rumput sambau ini. Antaranya adalah basta 15 (glufosinate-ammonium) dan perspect (ametryn).

Kedua-dua jenis racun ini mampu membunuh rumput sambau. Harganya pun tahan mahal. Harga racun basta 15 (4 liter) adalah RM160 dan harga racun prospect (1 liter) adalah RM 25. Cara nak bancuh racun basta adalah dengan mencampurkan 150ml ke dalam 20 liter air. Manakala, cara bancuh racun prospect adalah dengan mencampurkan 50 ml – 100ml ke dalam 20 liter air. Berapa kos meracun 1 pam anda boleh kira sendiri.

Seterusnya, anda juga perlu tahu masa bila nak meracun rumput sambau ini. Jika tidak, anda perlu meracun rumput sambau ini berulang kali juga. Masa yang paling sesuai adalah semasa pokok sambau ini masih remaja iaitu belum mengeluarkan bunga. Rumput akan terus mati dan tiada benih baru yang tumbuh jika anda racun pada waktu tersebut. Jika pokok sambau telah berbunga anda perlu meracun 2 kali. Anda racun dahulu rumput sambau tersebut dan tunggu anak benih tumbuh tinggi 2 inci. Kemudian, anda racun untuk kali kedua. Rumput sambau akan mati dan tiada benih sambau lagi yang tumbuh.

Setakat ini dahulu post saya untuk kali ini, nantikan pos saya yang akan datang membincangkan penggunaan racun sambau ikut kesesuaian di ladang dan masalah yang dihadapi pada tanaman akibat rumput sambau.

Sebarang komen, pendapat dan cadangan boleh terus balas post ini.

Terima Kasih.

Minat Menanam? Dapatkan Benih Di Sini!

Share

6 thoughts on “Masalah Rumput Sambau Di Kawasan Ladang

Tinggalkan Balasan kepada kingRogon Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *