Tanam Terung Panjang Pulak

Terung panjang! Sayur berwarna ungu dan tangkai hijau kehitaman. Inilah sayur kegemaran saya. Kalau terung digoreng dan dibuat sambal untuk curah atas terung goreng memang sedap sangat. Meleh air liur masa tulis post nie sebab terbayang lauk terung goreng. Hehe. Untuk kali nie nak cerita sikit pasal terung panjang pula. Lama dah tak tanam pokok terung nie. Dah setahun lebih tak tanam sebab serik.. 🙂

Mesti anda tertanya mengapa saya serik tanam terung? Ceritanya cam nie. Pada awal tahun lepas saya ada tanam lebih kurang 600 pokok terung panjang tapi langsung tak dapat untung. Modal pun tak balik. Hehe. Dari pengalaman yang lepas saya kembali cuba menanam terung.

Perkara penting yang saya nak bagitahu jika anda nak tanam terung adalah jangan sesekali tanam pokok terung bersama pokok bendi dalam satu batas. Kalau buat juga memang cari pasal. Hehe. Apa yang timbul adalah serangan 2kali ganda lebih hebat dari tanam sejenis. Oleh itu, ingatlah pesanan saya yer. Kalau nak cuba juga kena sediakan racun serangga yang banyak la.

Gambar kat bawah nie adalah benih terung yang dah boleh dipindahkan. Dah sebulan saya semai terus atas batas nie.

Benih terung nie dalam 350 pokok sahaja. Batas dah siap ditabur baja tahi ayam. Proses menanam pun dah siap dijalankan. Gambar kat bawah nie lah tapak nak tanam terung.

Sedih tengok anak pokok terung saya yang baru je dipindahkan 3hari yang lepas. Layu dan tak bersemangat je tengok. Tapi, jangan risau. Lepas seminggu mesti pokok terung tersebut akan segar dan sihat. Yang penting perlulah disiram 2kali sehari peringkat permulaan.

Macam-macam saya cerita pasal terung hari nie. Setakat nie dulu yer post saya. Sesiapa nak syer pengalaman tanam terung balaslah komen dibawah yer.. Terima kasih. Jumpa lagi.

Share

2 thoughts on “Tanam Terung Panjang Pulak

    • Author gravatar

      Saya pun ada tanam terung juga… tapi skadar utk makan sdiri sambil belajar mcm mana nak jaga pokok terung. Masalah utama dlm tanam terung ni pokok kuat makan baja dan juga kena jaga siraman air klu tak buah banyak karat dan bengkok. Lagi satu keja2 buang daun pun slalu kena buat klu tak buah krg purple… Saya pernah dgr org cakap kekalkan 3 atau 4 biji terung pd satu2 pokok utk memperolehi buah gred A… Ini bermakna ada putik buah dan bunga yg kena buang. Sy try juga buat pjagaan mcm tu… memang betul… hasilnya dapat buah yg besar, lurus dan purple bkilat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *