Sayur Junjung (Sebulan)
Selamat bertemu kembali. Hari ini genap sudah sebulan usia tanaman junjung saya. Pokok-pokok kelihatan subur dan sihat. Ada juga yang bantut disebabkan serangan kulat bintik daun. Pokok petola adalah yang paling cepat melilit. Pokok labu air pula baru nak mula melilit pada tali. Lambat sikit dari yang lain. Sulur-sulur pokok mula melilit tali hingga ke atas junjung. Lepas nie memang banyak keje nak dibuat sebab nak lilitkan kat dawai atas junjung. Letih juga keje sesorang nie dengan cuaca panas terik. Sulur-sulur yang bercabang kat bawah pun banyak juga. Semuanya perlu dibuang. Bagi kacang panjang dan buncis saya biarkan 4 sulur sahaja melilit pada tali. yang selebihnya saya buang. Tanaman petola dan labu air pula hanya satu sulur sahaja saya biarkan melilit pada tali. Yang lain perlu dibuang.
Lihat gambar nie sulur-sulur tanaman sedang melilit ke puncak junjung
Sulur Kacang Panjang
Sulur Petola
Kebiasaanya tanaman yang dah berusia sebulan nie boleh dikira selamat dan melepasi waktu kritikal. Penjagaan pokok dengan memberi baja, racun serangga dan kulat, siraman air secukupnya dan mencantas sulur lebihan perlu dilakukan mengikut jadual. Pokok yang subur dan baik akan menghasilkan buah yang banyak dan pokok tahan lama.
Kacang panjang melilit dengan cepat setiap hari. Dalam masa seminggu sulur kacang akan mula melilit di atas dawai junjung. 2 minggu dari sekarang pokok kacang akan mula berbunga dan seterusnya mengeluarkan buah kacang. Akan saya post gambar pokok kacang yang sedang berbunga nanti. Tunggu yer. 🙂
Kacang buncis juga dah melilit tali ke atas junjung. Pokok kacang buncis banyak yang bantut dari pokok lain sebab kena serang kulat. Semuanya telah melepasi masa kritikal dan mula melilit tali.
Sejuk mata memandang pokok petola. Subur dan gemuk. Hehe. Tak lama lagi nak berbunga dah nie sebab dah mula nampak putik bunga jantan dan bunga betina. Paling menarik nanti masa buah-buah petola tergantung di atas junjung. Tunggu post akan datang untuk melihat buah petola tergantung di atas junjung.
Pokok labu air baru nak mula melilit setelah sebulan ditanam. Kalau tengok labu air nie sebiji macam pokok labu manis.. Tapi benihnya berbeza. Labu air benih warna hitan dan labu manis benih warna putih. First time tanam labu air, jadi tak tau lagi apa masalah pokok nie. Kenalah kaji dan perhatikan pokok nie.
Setakat ini dahulu post saya… Jumpa lagi..