Projek Raya: Tanam Kacang Panjang Jenis Taihong 2

Kacang Panjang Taihong 2

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita kembali. Sekarang nie saya sedang sibuk buat persiapan menanam kacang panjang untuk projek hari raya yang akan tiba lagi beberapa bulan sahaja. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk menanam kacang panjang untuk hari raya. Bagi sesiapa yang nak cari duit lebih bolehlah menanam kacang panjang sehingga bulan 6 nie. Di jangka harga ladang akan meletup sekitar RM4.50 -RM6/kg kerana penggunaan kacang panjang yang tinggi menjelang perayaan hari raya puasa. Kepada mereka yang ingin menikmati kacang panjang hasil tanamn sendiri menjelang hari raya bolehlah menanam kacang awal bulan 6 nie. Boleh dapatkan benih kacang panjang di sini.

Sebelum nie saya menanam kacang panjang jenis leckat seed 1088, 323 dan 326. Sekarang saya nak cuba pula menanam kacang panjang jenis Taihong 2 keluaran CCB seed. Menurut pengalaman petani yang lain jenis nie banyak mengeluarkan buah. Jadi saya nak cuba tanam pada musin ini. Sebelum nie saya gemar menanam kacang panjang jenis 326 seperti yang dijual diblog ini kerana buahnya juga banyak dan tahan. Sebab itu saya syorkan kepada mereka yang ingin menanam kacang panjang dikawasan rumah boleh menanam jenis 326.

kacang-panjang-taihong

Gambar merupakan benih kacang panjang jenis taihong 2. Benihnya lebih kurang sama dengan 326 iaitu belang coklat putih. Harganya juga lebih mahal dari 326. Untuk musim nie saya tanam 2 paket kacang panjang jenis taihong 2 (200gm sepaket). 10 tray semaian yang boleh  disemai dengan 2 paket kacang panjang jenis ini dengan menyemai 2 benih dalam satu lubang tray (tray 104 lubang).

belang-coklat-taihong-2

semai-taihong2

Kawasan tanaman kacang panjang yang akan diusahakan lebih kurang 0.4 ekar sahaja. Nak tanam banyak-banyak takut tak terpetik nanti. Jika anda mempunyai pekerja yang ramai bolehlah menanam banyak kerana kacang perlu dipetik setiap hari. Hari-hari masyuk 🙂 . Ikut pengalaman saya, 2 paket kacang boleh mengeluarkan 80 – 150kg sehari. Penat juga petik sorang2 setiap hari jika tiada yang membantu. Gambar di bawah adalah kawasan tanaman kacang panjang taihong 2 yang akan diusahakan. Baru lepas menabur baja tahi ayam dan siap di rotor supaya tanah gembur.

kawasan-tanam-taihong2

Ok, setakat nie dahulu post saya. Nanti saya akan update gambar benih yang tumbuh dan gambar menanam kacang panjang taihong 2. Sekian, terima kasih.

Nak Tanam Kacang Panjang Sempena Hari Raya? Klik Sini!

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *