Petola Dan Labu Air
PETOLA
Petola masih lagi mengeluarkan buah walaupun pokok diserang kulat yang boleh dikatakan teruk. Mungkin faktor cuaca yang tidak menentu sekarang nie yang menyebabkan pokok petola di serang kulat. Nasib baik pokok masih mengeluarkan buah walaupun pokok bermasalah. Buah-buah yang cantik boleh dijual terus ke kedai dan yang kurang cantik dijual terus ke penduduk kampung dengan harga yang murah. Buah yang terkena serangan kulat kelihatan seperti tua kulitnya, sedangkan isinya di dalam masih muda.
Inilah gambar pokok dan buah petola terkini:
Buah-buah petola semakin panjang dan kelihatan segar. Hasil baru keluar 100kg jer sebab banyak yang kena sengat lalat buah dan gugur sebab hujan.
LABU AIR
Labu air di kebun saya dah mula berbuah dan baru je tuai 4 biji hari nie. Berat labu air yang sesuai untuk di tuai adalah di antara 800g hingga 1kg. Kalau berat sangat susah nak jual. Kalau jual kat kampung boleh lah buah labu air di belah dua jika besar. Emm isi labu air yang segar memang sedap. Baru jer makan hari nie, mak saya masak. Hehe.
Lihatlah gambar pokok labu air yang dah berbuah. Sempat saya ambil petang tadi:
Buah labu air memang cepat besar. Yang kecik-kecik tu dalam masa 5 hari dah besar dan boleh dituai. Sehari jer berat labu air boleh bertambah di antara 100g ke 300g. Memang untung tanam labu air nie..
Ok, setakat ini dahulu. Jumpa lagi dalam post akan datang. 🙂