Mini Tiller (Mesin Rotor Mini)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk post kali ini saya cuma ingin berkongsi pengalaman menggunakan sebuah mesin rotor mini (mini tiller). Setelah 4 tahun bertani baru ni lah saya membeli mesin ini sebab masa waktu dulu saya hanya mengupah orang lain untuk rotor batas sayur saya. Namun, disebabkan tuan punya bajak kubota sibuk memanjang dan tidak mahu rotor di kawasan saya, maka terpaksalah membeli sebuah mesin rotor mini.
Sebelum ini, saya telah mengupah beberapa pekerja untuk menggembur batas dengan menggunakan cangkul. Masalah yang dihadapi adalah untuk menyiapkan kawasan seluas 1 ekar mengambil masa sehingga 2 minggu untuk disiapkan. Dengan adanya mesin rotor mini ini kerja-kerja dapat disingkatkan dalam masa 2 – 3 hari sahaja dengan seorang sahaja pekerja. Banyak duit yang dapat dijimatkan. Selama ini saya telah mengeluarkan wang upah hampir RM1000 untuk menggemburkan batas dikawasan kebun.
Jika dari dahulu saya telah memiliki mesin rotor mini ini banyak wang yang dapat dijimatkan. Harga mesin ini amat berpatutan. Harganya sekitar dari Rm1350 – RM1650 bergantung kedai yang menjual. Di bawah adalah gambar mesin rotor mini yang baru sebulan dibeli:
Bagi anda yang baru ingin memulakan kerjaya sebagai petani sayur-sayuran secara kecil-kecilan, memiliki mesin rotor mini adalah paling baik untuk memudahkan kerja dan menjimatkan waktu untuk menanam sayur. Jika tiada pekerja pun anda boleh menggunakan sendiri mesin ini. Modal untuk memiliki mesin ini juga tidak terlalu besar jika dibandingkan untuk memiliki sebuah bajak rotor kubota.
Ok, setakat ini dahulu post saya untuk waktu ini. Jumpa lagi dalam post akan datang. Terima Kasih.