Menjual Benih Cili Padi Kampung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama dah saya tak update blog nie.. Memandangkan kamera rosak dan kerja di ladang yang banyak menyukarkan untuk saya update blog nie. Sekarang, saya sedang menjalankan projek jagung manis honey jean dan kacang panjang (tak sempat ambil gambar, kamera rosak). Projek cili padi kampung seluas 1 ekar masih mengeluarkan hasil yang banyak dan sampai tak sempat petik disebabkan kekurangan pekerja. Di samping itu, harga cili padi juga turun disebabkan persaingan yang tinggi dengan petani lain dan juga harga cili padi siam yang murah.
Di sini, saya ingin memperkenalkan produk sulung dari diaripetani.com iaitu benih cili padi kampung yang dihasilkan dari ladang saya. Benih cili ini dipilih dari pokok-pokok yang sihat dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Dari pengalaman saya menanam benih cili padi kampung diladang saya, sepokok cili matang boleh mengeluarkan buah cili dari 5kg sehingga 10kg semusim. Dalam seminggu, saya boleh menuai 300gm sehingga 800gm sepokok. Purata sepokok sebulan adalah sekurang-kurangnya 1kg .
Dalam penanaman apa-apa jenis pokok cili, apa yang petani risaukan adalah pokok diserang penyakit antraknos (reput buah). Memang rugi banyak jika pokok terkena serangan antraknos sebab buah cili rosak dan ia mudah berjangkit. Bagi saya pokok cili padi kampung adalah pokok yang paling tahan serangan antraknos berbanding cili padi yang lain.
Saya ada menjual benih cili padi kampung yang tahan serangan antraknos . Cili padi kampung juga adalah cili padi yang paling pedas bebanding cili padi lain. Untuk membeli benih cili padi kampung sila klik sini. Dapatkan harga promosi sekarang iaitu RM10 sepaket (10gm). Harga promosi ini sah sehingga 31 Julai 2012 atau 50 35 paket terjual yang mana terdahulu. Sebaik promosi tamat, harga akan dinaikkan kepada RM30 sepaket. Benih-benih dijamin akan bercambah dengan baik dan menghasilkan pokok yang sihat.
Buah Cili Padi Terpilih Untuk Pembenihan
Setakat ini dahulu post saya untuk kali ini. Jangan lupa dapatkan benih cili padi kampung dengan harga promosi sekarang! Benih hanya terhad untuk 50 paket sahaja. Terima kasih.