Menjual Aneka Benih Sayur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin memberitahu kepada anda yang minat dengan aktiviti berkebun di kawasan rumah boleh menikmati benih yang berkualiti di website yang akan saya lancarkan tidak lama lagi. Saya banyak menerima email dari pembaca blog yang mahu membeli benih sayur-sayuran.

Di sini, saya akan membuat penjualan 8 jenis benih pada permulaan pelancaran website nanti. Antara benih yang akan di jual ialah Kacang Panjang 326, Sawi Hijau, Sawi Jepun, Kangkung, Bayam Daun Panjang, Bendi, Cili Padi Kampung dan Jagung Manis Honey Jean. Saya akan cuba menambah banyak lagi jenis benih jika ada permintaan yang tinggi dan juga mempunyai bekalan stok benih.

 

 

Benih yang akan dijual telah di bungkus dalam paket kecil dan sesuai untuk pengguna yang menanam di kawasan rumah. Harga sepaket benih yang bakal di jual adalah RM 3 sahaja. Dengan modal serendah RM 4 sahaja  termasuk kos pembungkusan dan penghantaran, anda sudah boleh membeli benih di wesite itu nanti.

Anda juga diberi pilihan menggunakan pos biasa atau pos laju. Caj untuk pembungkusan dan penghantaran telah saya sediakan di dalam kalkulator pengiraan yang boleh di download. Jika anda mahu menggunakan pos laju, bayaran tambahan sebanyak RM 6 dikenakan.

Tunggu kemunculan website yang menjual benih sayur ini kerana saya akan membuat promosi pembukaan.  Website ini akan dilancarkan pada 15 September 2012. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati benih sayur yang berkualiti.

Sekian, Terima Kasih.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *