Keledek Gendut

Pada kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang tanaman keledek gendut yang pernah saya tanam di kebun. Keledek gendut mempunyai buah yang besar berwarna putih kekuningan. Isinya manis dan tidak berserat. Tempoh tanaman untuk keledek gendut untuk dituai adalah selama 4 bulan. Keledek gendut tidak boleh dituai lewat kerana isinya akan rosak disebabkan ulat telah menebuk lubang dalam buah keledek. Lihat gambar keledek gendut dibawah

Keledek gendut perlu ditanam di atas batas. Ubi keledek akan besar jika ditanam diatas batas yang tinggi dan besar. Baja organik dan kimia juga perlu cukup untuk pembesaran ubi keledek.  Keledek memerlukan air masa permulaan tanam sehingga 2 bulan. Ini bertujuan untuk menjamin tumbesaran ubi keledek yang cantik dan berkualiti. Jika tiada air, tanamlah keledek pada musim hujan. Dari pengalaman saya, purata hasil yang saya terima untuk tanaman ubi keledek seluas 1 ekar ialah 5 hingga 6 tan.

Serba sedikit gambar keledek gendut di kebun saya

Pembungkusan Ubi Keledek Gendut

Cabut Keledek

Ubi Keledek Lepas Tuai

Setakat ini dulu post saya tentang keledek gendut. Selepas ini saya akan ceritakan aktiviti saya akan datang di kebun.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *