Kambing Yang Comel

Hari nie datang kebun lewat sikit sebab pergi melawat kandang kambing kawan saya kat sekitar kawasan kebun saya juga. Banyak jugalah kambing dia. Dua jenis kambing yang dibela iaitu dorper dan barbados. Mula bela hanya 8ekor sahaja dan sekarang dalam setahun lebih dah ada 25 ekor. Yang untungnya dapat tengok sepasang anak kambing yang selamat dilahirkan malam tadi. Comel dan kiut. Hehe.

Inilah gambar kandang kambingnya..

Masa nie kambing tak ada dalam kandang. Tengah sarapan makan rumput kat sekitar kandang. Jom kita cari mana kambing-kambing tu pergi. Ha jumpa pun sebahagian kambing-kambing tu. Tu dia..

Ha hari dah mula panas.. Tuan punya kambing mula memanggil kambingnya masuk dalam reban. Kambing yang mula masuk kaptennya lah. Ini dia kapten sume kambing-kambing kat situ. Memperkenalkan….kecik (nama kambing nie). Hehe.

Nielah kambing yang mula-mula beranak kat kandang nie. Jenis dorper.. Kapten kat kandang nie.. Pandai betul kambing nie posing. Siap kejar kamera lagi…Memang betul-betul manja dan tak takut orang.

Sume kambing mula berlari masuk ke dalam kandang setelah tuan punya kambing menghalu kambing tersebut..

Ha dah masuk pun sume kambing ke dalam kandang.. Sekarang kita berkenalan dengan kambing-kambing yang ada nie. 2 ekor kambing yang telah saya ambil gambar iaitu jenis dorper dan barbados.

Kambing Jenis Barbados

 

Kambing Jenis Dorper

Kambing nie tengah bunting… Tuan punye kambing cakap mungkin lagi sebulan beranaklah kambing nie. Maka, makin bertambahlah penghuni kandang kambing dia. Cerita pasal kambing beranak nie saya nak tunjukkan juga kambing yang baru beranak malam tadi jenis barbados. Memang untung lah tuan punya kambing sebab kambing dia beranak kembar sepasang.. Anak kambing tu masih lagi lemah dan dah mula menyusu. ibu dan anak-anak kambing itu dikurung dalam satu tempat khas sehingga anak kambing betul-betul sihat dan boleh berjalan.

 

Setakat ini dahulu cerita pasal kambing yer.. Saya bukan pakar sangat bahagian ternak kambing. Hari lain boleh saya interview pasal kambing kat tuan punya kambing tu. Hehe. Ok, selamat bertemu kembali.. 🙂

Share

1 thought on “Kambing Yang Comel

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *