Kacang Panjang

Tanaman kacang panjang 323 yang saya usahakan untuk raya haji tahun lepas seluas 0.4 ekar buat kali pertama di Zon Asa Tani Felda Lok Heng memang menjadi. Hasil tanaman mencecah 2.5 tan. Namun, yang malangnya harga menjunam ke paras terendah RM0.70/kg. Pening juga kepala, tetapi dapat cover keuntungan sebelum perayaan. Harga tertinggi sehingga hari perayaan mencecah RM4.50/kg. Jumlah keuntungan yang saya terima 0.4ekar tanaman kacang panjang adalah RM4500/musim. Target saya dapat RM6000, tapi tak dapat sebab harga menjunam.

Bulan 3 tahun ini saya akan kembali menanam kacang panjang jenis leckat 1088. Saya akan tanam 1 tin untuk percubaan kerana tidak pernah menanam benih ini. Harap hasil tanaman kali ini akan menjadi dan mendapat harga pasaran yang baik. Biasanya harga ladang kacang panjang RM2.00/kg hingga RM2.50/kg. Kalau nak dapat harga sayur murah datanglah beli di kebun. Anda tak akan dapat harga cam tu. Harga jualan biasaya RM3.50 – RM6.00/kg. Mari lihat gambar pokok kacang panjang saya pada musim yang lalu…

Pokok kacang berumur 3 minggu

Kerja-kerja memetik kacang panjang

Hasil tuai sehari kacang panjang

Saya akan bincangkan lagi untuk tanaman kacang pada post akan datang… Sila tunggu.. 🙂

Share

2 thoughts on “Kacang Panjang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *