Kacang Panjang Dan Buncis Terkini
KACANG PANJANG
Kacang oh kacang kenapa harga jatuh? Wah kali nie kurang bernasib baik sebab harga kacang jatuh disebabkan lambakan kacang panjang di johor. Fuhh… Ramai pulak yang tanam kacang panjang. Hehe. Adatlah kalau menanam nie… ada masa untung besar, ada masa rugi besar. Tapi saya still tetap untung walaupun harga jatuh disebabkan ini adalah tanaman kali kedua.
Kali nie tanaman kacang panjang saya memang betul-betul menjadi dan mengeluarkan hasil yang banyak. Setakat nie dah keluar 350kg. Harga diantara RM1.50 – RM2.00. Cuaca kat sini pun panas jer. Tapi yang menjadi masalah lain adalah air kolam dah nak kering. Huhu. Maklumlah kolam ini berpunca dari air mata air.
Kolam Dah Nak Kering
Walaupun nak kering, tapi tak kering juga. Hehe. Cuma kena tunggu air mata air keluar sampai kolam penuh.. Ok, sambung cerita kacang panjang. Hasil kutipan kacang panjang saya yang tertinggi untuk sehari adalah 70kg (lebih kurang 2bakul). Memamng penat ler petik sesorang. Masa pagi habis kat tanaman junjung jer.
Lihatlah gambar kacang panjang saya yang makin banyak buahnya:
Kacang Panjang Terus Berputik
Buah kacang panjang nie memang tengah kemuncak. Pokoknya daun kurang tapi buahnya memang cukup lebat. Kalau nak hasil kacang yang banyak bolehlah menanam kacang panjang jenis nie (leckat 1088).
KACANG BUNCIS
Kacang buncis baru nak banyak buahnya.. Setakat nie baru dapat tuai 5kg – 7kg je sehari. Harga boleh tahan sekitar RM3.50 -RM4.00/kg. Lagi seminggu memang banyak, takut tak terpetik jer macam kacang panjang. Buah kacang buncis jenis leckat nie panjang-panjang dan cantik. Memang orang tak tolak nak beli punye. Sedikit gambar terbaru pokok kacang buncis di kebun saya.
Setakat ini dahulu perkongsian pengalaman saya. Bertemu lagi untuk tanaman petola dan labu air yang terkini pada post akan datang. 🙂
KAT MANE AWAK DAPAT BENIH KEKACANG NI…HARAP DAPAT INFO…
Beli je benih kat kedai jual peralatan pertanian. Macam-macam jenis ada. Boleh cuba benih kacang 323, 327 atau 1088 leckat seed. Tq.
Slm.. Nak tanya pokok kacang pjg yg saya tanam ada masalah 1. layu pd sesetengah daun
2. daun dimakan ulat
3. daun berpeta2 putih
racun apa yg sesuai saya gunakan?
Wsalam. Saya bagi cadangan yang mungkin boleh diguna pakai kerana saya tidak tahu apa status tanah anda dan keluasan tanaman anda.Masalah layu pada sesetengah daun ni biasanya disebabkan serangan kulat pada pokok kacang anda. Mula-mula sikit dan lama-lama boleh menyebabkan keseluruhan pokok layu dan mati. Langkah pertama semburkan racun mancozeb (m45) atau propineb (antracol). Bagi daun yang dimakan ulat dan daun berpeta pula gunakan racun malathion dan jika kurang berkesan gunakan racun cypermethrin pula. Daun berpeta tu disebabkan pelombong daun.
Tips beli racun:
1)Sila baca bahan aktif pada label botol racun seperti malathion, cypermethrin
2)Sila periksa tarikh mengilang pada botol racun dan pastikan tarikh tersebut belum 1 tahun dari tarikh anda beli.
Jika racun yang dah terlalu lama kurang berkesan (Rahsia pekebun sayur nie) 🙂
Terima kasih, harap dapat membantu anda.
Terima kasih atas maklumat yg dikongsikan.. InsyaAllah saya akan cuba. Saya tanam tidak menggunakan tanah. Saya guna sistem fertigasi yg menggunakan sabut kelapa sebagai media.. Benih kacang yg ditanam jenis 327. Sebelum ni guna racun herba Brogard tapi mcm kurang berkesan ke atas tanaman kacang panjang saya.
salam..sangat menarik hasil dari kebun awk..dimana kawasan kebun tanaman awak?keluasan yang sedang diusahakan?
waalaikumusalam… saya seorang anak felda. Kawasan saya usahakan di kawasan felda di kota tinggi, johor. Keluasan hanya 3ekar sahaja. Tq.