Dah Mula Menuai Cili Padi Kampung Dan Bendi
Cili Padi Kampung
Bulan nie kerja-kerja menuai bendi dan cili padi mula dilaksanakan. Buat permulaan hasil tuaian memanglah sikit. Masa mula-mula petik cili padi hanya dapat 1kg jer. Kali kedua dapat 2.5kg dan yang terkini dapat 1.7kg sahaja. Buah mula-mula jer yang saya petik, tu pun belum semua pokok mengeluarkan buah. Target minimum saya cili padi 600pokok tu boleh mengeluarkan buah sebanyak 10kg seminggu buat masa nie. Mungkin akan meningkat masa raya nanti. Pokok cili padi nie baru berusia 2bulan lepas dipindahkan atas batas.
Masalah yang dihadapi pada pokok cili adalah daun berwarna kuning. Sampai sekarang saya tak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan kulat. Walaupun berwarna kuning pokok masih mengeluarkan buah juga. Masalah yang lain adalah pokok tetiba jer layu dan mati. Ini disebabkan pangkal batang pokok cili padi berhampiran akar kering dan busuk. Penyelesainnya adalah cabut dan bakar pokok cili padi tu. Pada peringkat permulaan hanya itu sahaja masalah yang berlaku.
Bendi
Baiklah, sekarang saya nak cerita pula pasal pokok bendi. Dah seminggu saya menuai buah bendi. Pada permulaan hanya dapat 1kg saha dan sekarang pokok bendi dah boleh keluarkan 2.5kg sehari. Hari-hari kena petik buah bendi nie. Jika tak petik sehari memang keraslah buah bendi. Hasil yang diperolehi daripada separuh pokok yang saya tanam. Lagi separuh baru mula berbunga. Saya target minimum hasil bendi akan datang boleh mencapai 10kg sehari.
Ada juga masalah yang berlaku ke atas pokok bendi. Masalah yang berlaku adalah disebabkan serangga dan bukan kulat. Semut adalah serangga yang suka sangat kat pokok bendi nie. Dia akan gigit bunga bendi yang kembang dan juga buah bendi yang kecil. Apabila buah bendi yang digigit membesar, buah bendi akan membengkak dan cacat. Ini akan menjejaskan kualiti buah bendi. Penyelesaian masalah ini adalah dengan menyembur racun chlorpyrifos untuk membunuh semut.
Ok, setakat nie post saya. Jumpa lagi dalam post akan datang! Anda digalakkan memberi komen dalam post saya. Terima kasih.
Ashik… Rasanya sekarang memang musim cili sedang diserang penyakit… Tanaman saya sekarang tinggal 180 pokok je daripada 230 pkk ditanam… Tetapi alhamdulillah dah 2 minggu berturut pengeluaran capai 11kg seminggu…Usia pokok 2 bln setengah. Saya pakai racun brogard (racun herba). 2 atau 3 hari sekali sembur baja plak kat daun. Utk rawat masalah daun kuning dan kerinting. Ada kesan cara tu npk daun nyer besar smula tetapi mozek daun tetap x hilang. Janji buah tetap kluar dan saiz nyer besar x pe lah. Terus jaga jek… Tapi tanaman saya guna sistem fertigasi. Mana2 sabut yg dah kena virus cili saya tanam plak kacang panjang… agak nyer sbb tu la tanaman kacang kurang tahan penyakit… He3.