Pada kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang tanaman keledek gendut yang pernah saya tanam di kebun. Keledek gendut mempunyai buah yang besar berwarna putih kekuningan. Isinya manis dan tidak berserat. Tempoh tanaman untuk keledek gendut untuk dituai adalah selama 4 bulan. Keledek gendut tidak boleh dituai lewat kerana isinya akan rosak disebabkan ulat telah menebuk lubang dalam buah keledek. […]
Jagung Manis
Untuk post kali ini saya akan cerita serba sedikit pengalaman saya menanam jagung manis Honey Jean No.2. Benih honey jean adalah benih jagung yang terbaik, itu pendapat saya. Sebabnya buah jagungnya rasa manis dan enak dimakan. Pokok jagung honey jean juga cepat membesar dan hanya mengambil masa 2bulan sahaja untuk dituai buahnya. Pokoknya sederhana tinggi dan mudah untuk di kemas […]
Kacang Panjang
Tanaman kacang panjang 323 yang saya usahakan untuk raya haji tahun lepas seluas 0.4 ekar buat kali pertama di Zon Asa Tani Felda Lok Heng memang menjadi. Hasil tanaman mencecah 2.5 tan. Namun, yang malangnya harga menjunam ke paras terendah RM0.70/kg. Pening juga kepala, tetapi dapat cover keuntungan sebelum perayaan. Harga tertinggi sehingga hari perayaan mencecah RM4.50/kg. Jumlah keuntungan yang […]