Jagung, Kacang Buncis Dan Labu Air

JAGUNG MANIS IMPROVED MASMADU

Jagung manis improve masmadu yang berbunga kini telah mengeluarkan buah jagung. Mengikut pemerhatian saya pokok jagung masmadu yang saya tanam tidak berapa menjadi kerana tidak semua pokok berbuah. Ini mungkin disebabkan jarak tanaman pokok jagung yang rapat antara pokok. Pokoknya besar dan mungkin menyerap baja yang lebih dari pokok jagung honey jean.

Di sini saya tunjukkan gambar buah jagung improved masmadu yang telah saya ambil..

Buah Jagung Improved Masmadu

 

KACANG BUNCIS

Pokok kacang buncis di kebun saya telah pun mengeluarkan putik bunga dan buah-buah buncis kecil telah mula kelihatan. Ini menandakan pokok buncis akan mengeluarkan buah buncis dalam beberapa hari nie. Bila dah keluar banyak buah boleh lah dituai dan dijual. Biasanya harga ladang bagi buncis adalah dari RM3/kg hingga RM5/kg. Masa sekarang kacang buncis harga tinggi dipasaran dan mungkin boleh dapat RM4/kg di ladang.

Jom lihat pokok kacang buncis saya yang sedang berbunga

Bunga Buncis Dan Buah Buncis Kecil

Buah Buncis Matang

 

LABU AIR

Pokok labu air juga telah mengeluarkan bunga betina. Pokok labu air nie lebih kurang macam pokok petola juga ada bunga jantan dan bunga betina. Bunga betina akan menghasilkan buah labu air apabila berlaku proses debunga. Buah labu air akan mula terbentuk dan membesar.

Inilah gambar bunga betina labu air..

Bunga Betina Labu Air

 

Bunga Labu Air Sebelum Proses Debunga

 

Setakat ini dahulu post saya, jumpa lagi dalam post yang seterusnya..

Share

1 thought on “Jagung, Kacang Buncis Dan Labu Air

    • Author gravatar

      Artikelnya bagus semua gan, sangat membantu petani , namun sayang belum lengkap semua , salahsatunya tentang budidaya jamur tiram, budidaya tanaman organik ini masih sangat kurang peminatnya, dibanding jenis tanaman sayur lainnya..
      semoga diaripetani.com dapat menyuguhkannya guna membantu sosialisasi agar timbul minat dimasyarakat secara luas.
      Terimakasih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *