Tanaman Cili Padi Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ini adalah merupakan kemaskini tanaman cili padi di kebun saya. Pada bulan Disember 2013 saya ada tanam sebanyak 250 pokok benih cili diladang. Tujuan tanaman yang sedikit adalah untuk membuat pembenihan baru. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan pokok yang ditanam sebelum nie kurang menjadi dan terbantut. Jadi, untuk tanaman yang sedikit nie saya telah menyemai benih dahulu ke dalam polibeg supaya pokok lebih tahan apabila dipindah di atas batas.

Biasanya awal tahun nie musim berangin dan mungkin kemarau.  Jika tanam terus tanpa menyemai dalam polibeg akan menyebabkan benih terbantut kerana kekurangan air. Bila dah semai dalam polibeg akar pokok dah mula banyak dan jika dipindah atas batas ia akan lebih tahan dan cepat membesar walaupun kekurangan air.

anak-cili-padi

Walaupun kerja lebih sikit untuk mengisi tanah dalam polibeg 5 x 7 cm bagi menyemai benih ia amat berbaloi kerana peratus pertumbuhan pokok yang tumbuh subur adalah tinggi. Kekurangan air tidak membantutkan pertumbuhan anak pokok cili padi. Selain itu, untuk mengurangkan kos menyemai benih saya telah menjual 250 anak pokok cili padi kampung pada orang kampung dengan harga RM 2 sepokok. Sambutan amat menggalakkan dan permintaan untuk benih tumbuh adalah tinggi kerana memudahkan pembeli menanam cili padi. Biasanya selepas sebulan anak pokok cili padi dalam polibeg dipindahkan, pokok akan mula mengeluarkan bunga dan berbuah.

pindah-cili-padi

Jika ladang anda kekurangan air, musim kemarau dan ingin tanam atas tanah bolehlah gunakan teknik ini iaitu menyemai dahulu benih dalam polibeg. Sambil menyemai bolehlah mencari untung dengan menjual anak pokok. Biasanya selepas 3 hari pokok akan terus segar kerana akar anak benih cili mula berkembang dalam tanah. Dapat siram sekali sehari untuk permulaan sudah mencukupi.

250-cili-padi

Jarak tanaman anak pokok cili padi antara pokok yang lain adalah 4 kaki saya tanam. Di antara pokok cili saya tanam bendi untuk sementara waktu. Mengikut pengalaman saya pokok cili yang ditanam jarak 4 kaki ini akan bercantum dengan pokok cili sebelah jika pokok subur dan pembajaan pokok mencukupi. Jika anda kekurangan modal tanaman cili padi kampung adalah yang terbaik untuk permulaan kerana pokok mudah ditanam dan kurang masalah berbanding cili lain.

Kepada anda yang ingin mendapatkan benih cili padi kampung kenalah tunggu pokok cili padi ni berbuah :-). Jenis cili padi kampung ini yang besar-besar dan buahnya keras. Ada 3 jenis cili padi kampung sebenarnya dan ini adalah yang terbaik antara benih cili padi kampung yang lain sebab buahnya besar.

Setakat ini dahulu post saya, nantikan post akan datang bila pokok cili nie dah besar dan mula berbuah.

Terima kasih

Dapatkan Benih Sayur Di Sini! Klik Sini!

 

Share

8 thoughts on “Tanaman Cili Padi Kampung

    • Author gravatar

      Salam, blh tumpang tanya? Selalunya berapa harga pokok cili padi kalau dah mula berbuah?

    • Author gravatar

      Selamat petang dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman menanam abang. Bolehkah saya tanya beberapa soalan?

      Cili padi yang abang tanam adalah berwarna hijau atau merah? Adakah buahnya menghala udara?

      Bagi penanam pertama, ada apa yang perlu berhati hati dengan? Perlukah setiap hari pergi ke ladang?

      Menanam cili padi perlukah mengunakan elektrik? Dan kos bulanan termasuk baja agaknya berapa kalau nak tanam 300 pokok?

      Maafkan saya kerana menanya soalan begitu banyak. >.<

      • Author gravatar

        Cili padi ni jenis cili padi kampung dan biasa orang melayu gemar makan cili jenis ini.. Buahnya biasa di jual berwarna hijau. Jika dibiar warna merah tak tahan lama untuk disimpan. Buahnya seperti biasa menghala ke atas. Biasanya untuk tanaman cili yang perlu dikawal adalah serangan serangga perosak dan juga penyakit kulat. Benih cili padi kampung adalah jenis lasak dan tahan penyakit dari jenis cili padi yang lain. Pokok cili perlu disiram dan pengawalan serangga perlu diperhatikan.. Jadi masa dan kekerapan untuk pergi ke ladang bergantung pada anda sendiri. Penggunaan elektrik biasanya khas untuk mereka yang menanam kaedah fertigasi untuk menyiram tanaman secara automatik. Pengiraan kos perlu dibuat berdasarkan kaedah penanaman anda secara atas tanah atau fertigasi.. Kedua-dua kaedah mempunyai kos yang berbeza..

    • Author gravatar

      Adakah semua biji benih telah dirawat menggunakan thiram untuk kawalan kulat?

    • Author gravatar

      Salam tuan,
      Terima kasih byk atas info2 nya ttg penanaman cili. untuk penghetahuan tuan, saya dah sediakan/ bersihkan tanah, cuma gemburan belum dilakukan. kerana sehingga kini masih belum dapat benih cili padi kampung ni. susah sangat nak cari benih ni. kat pasar pun kebnyakan berwarna hijau. MARDI dan Jabatan Pertanian pun dah contact. tapi tak de juga. tu yg id masalah kat saya sekarang ni.

    • Author gravatar

      lagipun verity cili padi ni banyak sangat. kat Sabah kita panggil cili ni cili padi. lau cili yang besar sikit daripada cili ni ada yang namanya cili pondan, cili minyak, lada burung, n cili semerah. saya nak tanam cili padi kampung ni. kebnyakan yg saya tengok kat pasar dah bercampur cili padi ni ngan cili2 jenis yg lain tu. sukar untuk saya kenalpasti benih cili padi kampung. sebab saiz die lebih kurang sama jer.

Tinggalkan Balasan kepada shamsuddin Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *