Cili Padi Kampung Dan Bendi (Sebulan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang! Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawat ke blog saya. Pada post kali ini saya nak kongsi sikit gambar tanaman cili padi kampung dan bendi yang telah ditanam sebulan lepas. Alhamdulillah pokok cili padi kampung saya dan bendi sihat-sihat belaka walaupun pokoknya jarang dijaga. Setelah genap sebulan kerja-kerja merumput atas batas perlu dilaksanakan  sebab dah semak kawasan tanaman tersebut. Mujurlah ada pasang plastik silver shine jadi rumput masih lagi terkawal.

Di sini saya nak kongsi pengalaman dan teknik-teknik saya bagi tanam cili padi kampung dan bendi. Bagi siapa yang otai untuk tanaman cili padi kampung dan bendi bolehlah syer pengalaman dengan membalas komen di penghujung post. Yang ingin bertanya pun dialu-alukan bertanya di ruangan komen. Jangan malu atau segan untuk memberi komen yer.

 

Tanaman Cili Padi Kampung

Di kebun saya, tanaman cili padi kampung ditanam berselang-seli dengan tanaman bendi. Kenapa saya berbuat demikian? Sebabnya adalah saya nak dua hasil keluar dalam satu kawasan. Sebab yang lain adalah supaya pokok cili padi kampung sedikit redup apabila pokok bendi besar. Seterusnya, pokok cili padi kampung nie tak boleh baja lebih sebab dia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan pokok bendi nie kuat sikit ‘makan’ baja, jadi masalah dah dapat di atasi. Selain itu, serangga tanaman juga lebih gemar menyerang tanaman bendi dari cili padi jika di tanam bersama. Sebabnya daun bendi besar, jadi serangga menuju ke pokok bendi.

Ok, sekarang saya nak tunjuk sikit gambar pokok cili padi kampung saya yang berusia sebulan. Pokoknya taklah seragam sebab saya tanam peringkat-peringkat. Saya tunjukkan gambar pokok cili yang mula-mula saya tanam dulu.

Pokok Baru Nak Berbunga

 

Ada Pokok Dah Berbuah

 

 

Baru jer cabut rumput tadi kat atas batas tu. Hehe. Tu yang nampak bersih sikit. Lagi satu bulan pokok-pokok cili padi ini dijangka akan mengeluarkan buah-buah cili. Nampaknya kenalah upah orang untuk petik buah cili nanti. Tak terpetik saya kalau petik sesorang. Ada lebih kurang 600 pokok semua. 🙂

 

Tanaman Bendi


Gambar bendi di atas berumur 3 minggu. Bendi memang cepat membesar. Selepas nie dah boleh tabur baja gemuk (15.15.15). Pokok bendi mengeluarkan hasil 6 minggu lepas tanam. Buah bendi boleh dipetik setiap hari. Bagaimana saya menanam benih bendi? Saya menanan terus benih bendi dalam tanah. Masa tanam tu letak 3 atau 4 biji terus ke dalam lubang. Sebabnya takut ada benih tidak hidup. Dalam 3 biji tu mesti ada 1 atau 2 pokok yang hidup. Apabila pokok dah besar bolehlah buang pokok yang kurang subur dan tinggalkan hanya sepokok sahaja dalam lubang. Lihat gambar macam mana saya buang pokok bendi yang kurang subur.

Dalam gambar di bawah ada 2 pokok yang hidup. Tinggalkan hanya sepokok sahaja yang subur.

 

Cabut sahaja satu pokok yang kurang subur. Pokok yang kurang subur tu bolehlah dibuang. Boleh juga dipindah kat lubang yang lain jika pokok bendi tidak hidup.

 

Pokok bendi yang tinggal bolehlah dijaga sehingga besar dan diberi baja secukupnya supaya mengeluarkan hasil yang banyak.

 

Setakat ini dahulu post saya tentang pokok cili padi kampung dan bendi. Jumpa lagi dalam post akan datang. Apa-apa pertanyaan sila balas diruangan komen. 🙂

Share

6 thoughts on “Cili Padi Kampung Dan Bendi (Sebulan)

    • Author gravatar

      sya nk tnye,jrak pnanm pkok cli dgn yg lain bpe??cli yg terbaik cili api apa?

      • Author gravatar

        Semuanya bergantung pada anda. Pendapat saya, jika anda ingin pokok tahan lama dan menghasilkan buah yang banyak tanam dengan jarak 3 kaki ke atas. Pokok cili boleh berkembang apabila besar. Pengalaman saya menanam jarak 4 kaki pun pokok cili saya boleh bertemu dengan pokok cili sebelah. Jika anda ingin menanam cili untuk tempoh seketika dalam masa 4 bulan bolehlah tanam dengan jarak 2kaki.. Ini hanya pengalaman saya dalam penanaman cili padi. Bagi saya cili yang terbaik adalah cili padi kampung. Sebabnya cili kampung tahan dari serangan penyakit dari serangga dan kulat, tahan lama dan harga pun boleh tahan cantik… Tq.

    • Author gravatar

      salam saya nak tanya macam mana nak atasi masaalah lebihan air pada tanah yang di tanam cili. kerana pokok cili saya yang dah berumur 5 bulan dan sedang berbuah banyak yang mati kebelakang ni hila saya chek akar tunjang reput akibat air yang ada pada tanah. untuk pengetahuan tuan tanah yang saya usaha kan cili ni jenis kering merekah di atas tapi lembab di bawah

      • Author gravatar

        Wsalam. Di kebun saya juga ada kawasan seperti kawasan anda. Gambar rajah di atas adalah jenis tanah seperti tanah anda. Jika tanam keledek tidak menjadi kerana busuk. Apa yang saya lakukan sebelum menanam adalah dengan mengapur dahulu tanah tersebut secukupnya. Tanah yang lembab memang bermasalah pada akar pokok kerana pokok menerima air yang lebih dan juga serangan kulat mudah merebak.

    • Author gravatar

      saya nak tanye,,baja ape digunakan,,apa nama baja tu,,sebab saya berminat nak tanam cili,tapi pngetahuan saya zero.. 15:15;15 tu nisbah utk baju kan..boleh detailkan x setiap satu nye,,tq

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *