Menanam Benih Tomato Betavila

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Alhamdulillah setelah 2bulan menyemai benih tomato betavila akhirnya pokok tomato telah mengeluarkan buah yang lebat. Agak sukar untuk menjual benih tomato betavila yang dah hidup dikawasan kampung kerana ramai berfikir tanam pokok tomato akan mati apabila besar dan mula berbuah. Di sini saya dah buktikan pokok tomato betavila memang tomato yang tahan panas. Saya tanam dihalaman rumah dengan cahaya matahari terus pada pokok tanpa pelindung hujan.

Yang menjadi masalah adalah apabila ada penjual pokok tomato yang membeli buah tomato di kedai atau pasaraya dan membuat benih dari buah tersebut. Pokok akan mati apabila pokok besar dan mula berbuah kerana benih tomato tu asal dari Cameron Highland, pokok memang tak tahan panas.Pokok yang ditanam di tanah tinggi memang tidak sesuai jika ditanam ditanah rendah melainkan benih pokok tersebut telah dikacuk supaya boleh ditanam ditanah rendah.

Gambar dibawah adalah pokok tomato betavila yang saya tanam dalam polibeg dihadapan rumah untuk ujikaji. Jika ditanam ditanah penghasilan pokok mungkin lebih banyak dan pokok akan lebih besar. Buah tomato dah nak mula masak.

tomato-betavila1

Buah tomato dah nak tukar warna merah

tomato-betavila2

Buah tomato berbuah lebat

tomato-betavila3

Pokok tomato mengeluarkan buah

Benih tomata betavila ni harga boleh tahan mahal sebab benih di import dari Indonesia. Bila tanam pokok berbuah dan tak mati memang rasa puas hati. Dapat makan tomato segar selalu 🙂

Setakat ni dahulu post saya untuk kali ini. Jumpa lagi untuk post akan datang.

Terima Kasih

4 Benih Baru Kini Di Jual! Klik Sini!

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *