Dec 30
500 KG UBI DALAM PROTON WAJA
posted by: admin in Proton Waja, Ubi Kayu on 12 30th, 2011 | |

Selamat bertemu kembali.. Pada post kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang kawan saya yang menanam ubi kayu. Cerita yang menarik disini adalah cara penghantaran ubi yang dituai kepada pelanggan dengan menggunakan sebuah kereta proton waja. Nampak seperti biasa tetapi muatan yang dibawa amat mengejutkan saya pada hari pertama saya melihat. Keretanya mampu membawa sehingga 500 Kg (0.5 tan) ubi kayu. Memang berani kawan saya nie.. Hehe.

 

Saya bertanya kepadanya “tak sayang ke kerete kau bawa ubi setengah tan?”. Dengan nada bersahaja beliau menjawab “cari rezeki bro, tawakal pada Allah sahaja”. Untuk pengetahuan anda beliau sudah berkawin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Saya panggil dia Fais. Sebelum nie beliau pernah bekerja sebagai pengurus di 7 eleven dan telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Akhirnya beliau telah menanam ubi dan keledek seluas 15ekar.

 

Walaupun gajinya telah mencecah RM3000 sebulan semasa berkerja sebagai pengurus di 7 eleven tetapi beliau tetap membuat keputusan untuk menjadi seorang petani sepenuh masa. Kalau di lihat jualannya 500kg ubi sehari jer dah boleh buat duit RM500 sehari ( 1kg ubi = RM 1). Sebulan boleh keluarkan 6 tan ubi kayu. Ini bermakna sebulan beliau boleh mendapat RM6000 sebulan iaitu 2kali gajinya semas bekerja dahulu. Sekarang sudah terjawab persoalan kerana beliau mengambil tindakan berhenti kerja.

 

Untuk menjadi seorang petani yang berjaya, seseorang itu perlu mempunyai semangat yang tinggi. Ada masa kita untung dan ada masa kita rugi. Kesabaran dalam jiwa petani perlu tinggi jika mahu barjaya. Lihat gambar kereta waja kawan saya di bawah yang mempunyai semangat yang tinggi.  Sanggup membawa 500Kg ubi dengan kereta waja untuk mencari rezeki.

Muat 3 Guni Bonet Belakang

Tempat Duduk Belakang Muat 3 Guni

Habis Spring Kereta Lepas Penuh Isi Ubi

Memang penuh ubi dalam keretanya. Gambar kat tempat duduk depan lupa nak ambil. Satu guni mempunyai isi ubi sebanyak 55kg hingga 75kg. Boleh masuk 7 guni dalam keretanya. Wah memang lumayan sangat pendapatannya. Permintaan ubi kayu pula sangat menggalakkan sekarang nie. Tak putus-putus orang pesan.

 

Diharap cerita yang dikongsikan ini dapat memberi semangat kepada anda yang berminat untuk menceburi dalam bidang pertanian ini. Jangan takut untuk menjadi seorang petani. Belum cuba belum tahu. Setakat ini dahulu post saya untuk kali ini. Bertemu lagi untuk post yang seterusnya.. Terima kasih. 🙂

 

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply