Teknik Menyemai Benih Sayur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama dah saya tak update blog nie. Selepas ini saya akan cuba update blog untuk berkonsi pengalaman lebih kerap.  Di sini saya nak berkongsi kepada mereka yang baru mula nak belajar menyemai benih sayur-sayuran. Pasti ada dikalangan anda yang menyemai benih tak hidup, kena jangkitan kulat, benih tumbuh terbantut dan sebagainya.

Mengapa perkara seperti itu berlaku? Perkara pertama adalah memang benih itu dah luput iaitu memang tidak akan hidup jika disemai kerana jangka hayat benih dah luput. Biasanya benih tahan dalam tempoh 1 tahun sahaja. Peratus percambahan benih akan terus berkurang  apabila semakin lama di simpan. Oleh itu, jika anda membeli benih segera menyemai dan jangan simpan terlalu lama.

Perkara yang kedua adalah menyemai terus benih ke dalam tanah. Sebenarnya menyemai benih terus ke dalam tanah tiada masalah, tetapi ia juga adalah satu perkara yang menyebabkan benih tidak tumbuh dan terbantut. Apa sebabnya? Menyemai benih terus ke dalam tanah pada waktu hujan lebat akan menyebabkan benih tertimbus jauh dalam tanah. Benih sukar tumbuh dan jika tumbuh ia akan terbantut atau benih tidak akan tumbuh. Jadi sebelum berlaku masalah seperti ini anda perlu membuat tapak semaian yang bersungkup atau berbumbung supaya tidak terkena hujan yang lebat. Pastiakn tempat semaian juga bukan kawasan yang boleh menakung air kerana benih yang terendam terlalu lama dalam air juga tidak akan tumbuh kerana benih busuk.

Selain itu, jika anda menyemai benih terus ke dalam tanah jangan lupa untuk menyembur racun semut (contoh seperti gambar dibawah).  Racun semut penting jika anda menyemai benih-benih yang halus dan kecil seperti bayan, sawi, kalian dan sebagainya. Jika anda tidak menyembur racun semut, benih-benih akan di bawa lari semut dan sebab itu benih tidak tumbuh. Biasanya benih-benih jagung telah mempunyai ubat yang menghalang kulat dan semut makan seperti dijual dalam blog ini.

racun-semut

Racun Semut

 

Untuk pertumbuhan benih yang terbaik adalah menanam benih dengan menggunakan tanah semai. Saya biasa menggunakan tanah semai seperti gambar rajah dibawah iaitu FREE PEAT.  Benih yang terbaik untuk menyemai menggunakan tanah semai adalah seperti  kacang panjang, kacang buncis, petola, timun dan sebagainya. Benih cili, terung dan kobis juga sesuai menggunakan tanah semai tetapi memakan masa untuk menyemai kerana benihnya halus. (sakit pinggang kalau dah banyak sangat nak semai). Pastikan anda beli tanah semai yang saya syorkan. Saya pernah menggunakan jenis tanah semai yang lain dan menyebabkan benih saya tidak tumbuh. Setelah diperiksa tanah semai tersebut cepat kering dan tidak menyimpan air.

tanah-semai

                            Tanah Semai Holland

 

Untuk menyemai benih menggunakan tanah semai secara ringkas adalah seperti berikut:-

1)      Sediakan bekas semaian tray yang bewarna hitam (104 lubang)

2)      Masukkan tanah semai denagn perlahan-lahan dalam tray

3)      Kemudian anda buat lubang menggunakan jari dalam tray yang di isi tanah

4)      Masukkan benih yang ingin disemai dalam lubang

5)      Sembur benih dengan air menggunakan pam supaya benih basah (pam untuk meracun)

6)      Tutup semula lubang dengan tanah semai

7)      Sembur/siram air semula tanah semai sehingga rata

8)      Akhir sekali bungkus atau tutup bekas semain dengan plastik hitam

9)      Anda boleh membuka bekas semaian setelah 3 hari

Ok setakat ini dahulu perkongsian saya. Jika ada apa-apa komen atau tambahan maklumat bolehlah syer di bawah.  Sekian, jumpa lagi dalam post akan datang.

 

Mahu Benih Sayur Tumbuh Subur? Klik Sini!

 

Sila Tinggalkan Komen Di Bawah

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *