Tanaman Junjung
Selamat bertemu kembali. Lama dah xupdate blog nie. Bz sikit. Hehe. Saya nak cerita sikit pasal tanaman sayur junjung yang dah 2 minggu saya tanam. Setelah 2 minggu kerja-kerja membaik pulih junjung dijalankan, proses menanam sayuran pula dijalankan. Dalam satu kawasan junjung lebih kurang o.4 ekar ini saya tanam 4 jenis tanaman iaitu kacang panjang, kacang buncis, petola dan labu air. Ini pertama kali saya menanam labu air. Nak cuba belajar menanam.
Keempat-empat jenis tanaman tersebut mempunyai tempoh berbunga yang sama iaitu lebih kurang 45hari. Tapi jangka hayat tanaman adalah berbeza. Petola dan labu air lebih tahan lama masa menuai dari tanaman kekacang. Jenis tanaman kacang panjang yang saya tanam adalah Leckat 1088 (1 tin), benih petola Mardi (100g), benih buncis leckat excellent (200g) dan labu air 40 biji (dari ladang petani ZPM sedili)
Jarak tanaman kacang panjang dan kacang buncis yang saya tanam adalah 2 kaki antara pokok yang mana 2biji benih disemai dalam satu lubang. Manakala, jarak tanam petola juga 2 kaki dan hanya satu biji benih satu lubang. Jarak tanaman labu air pula adalah 5kaki antara pokok dan juga hanya satu biji benih satu lubang.
Saya ada masukan gambar pokok kacang panjang, kacang buncis, petola dan labu air di bawah. Semua pokok ini baru berusia 7 hari.
Anak kacang panjang
Anak Kacang Buncis
Anak Petola
Anak Labu Air
Kalau dilihat anak pokok petola dan anak pokok labu air lebih kurang sama. Bila pokok berumur 3 minggu kita akan nampak perbezaannya. Saya akan menceritakan tanaman junjung dengan lebih lanjut untuk post akan datang. Sebarang komen, pertanyaan dan pendapat boleh hantar terus melalui borang hubungi. Jumpa lagi dipost akan datang..