May 2

KACANG PANJANG

Kacang panjang jenis Leckat 1088 nie boleh tahan juga. Baru tanam 1 tin rasa macan tak terpetik sesorang. hehe.  Hari ke 5 dan ke 6  petik dapat 33 kg (sebakul). Hasil terus meningkat. Di jangka hasil boleh melonjak naik sehingga 50kg atau lebih sehari. Pokok kacang nie memang cantik sebab buahnya panjang-panjang. Purata 1 kg kacang panjang jenis ini dalam 35batang sahaja. Pokok kacang ini terus menerus mengeluarkan bunga walaupun pucuk-pucuk kacang belum memenuhi ruang atas junjung. Pendapatan sehari untuk tanaman kacang panjang adalah antara RM50 – RM66. Belum termasuk hasil tanaman lain.

Lihatlah sedikit gambar pokok kacang panjang jenis leckat 1088 yang terus mengeluarkan hasil..

Kacang Panjang 33Kg

 

KACANG BUNCIS

Setelah hampir 2 bulan menunggu pokok kacang buncis saya telah mengeluarkan banyak putik bunga dan buah-buah buncis mula terbentuk. Baru 1 kg buah kacang buncis di petik. Lepas nie memang berbuah lebat lah pokok kacang buncis nie. Nak petik memang leceh sikit sebab buahnya halus. Harga ladang bagi kacang buncis boleh tahan mahal. Biasa di antara RM3 hingga RM5. Kalau dah menjadi 10kg sehari atau lebih boleh keluar kacang buncis nie.

Lihat gambar pokok kacang buncis yang tengah mengeluarkan bunga dan buah yang boleh tahan banyak..

Pokok Buncis Yang Subur

LABU AIR

Labu air dah mengeluarkan buah yang masih kecil. Tak sabar nak tunggu buahnya besar. Putik-putik baru labu air memang banyak. Jomlah tengok gambar pokok dan buah labu air yang memang subur.

Inilah sedikit gambar-gambar yang dapat saya kongsi bersama dengan anda. Jumpa lagi dalam post yang seterusnya.. 🙂

 

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply