Sayur Lekio Bukan Kucai
Bertemu kembali kepada semua pengunjung blog. Hari nie saya nak cerita sikit pasal tajuk di atas. Sayur lekio bukan kucai. Ya, ramai yang tak tahu sayur lekio dan kucai berbeza. Sayur lekio mempunyai bawang yang berwarna putih dan mempunyai daun halus. Rasanya sedikit pahit lemak. Memang sedap jika dimasak tumis goreng atau pun dimasak lemak putih. Di ladang saya ada membuat pembenihan sayur lekio yang akan saya tanam dalam kuantiti yang besar. Buat masa sekarang saya baru tanam untuk buat benih. Sukar untuk mencari benih lekio nie. Kat pasar pun memang jarang ada jual sayur nie
Cerita pasal kucai pula. Kucai adalah sejenis sayur mempunyai daun panjang berwarna hijau. Biasanya kucai digunakan untuk masak bersama mee goreng atau ditumis goreng bersama tauhu atau taugeh. Kucai tidak mempunyai bawang seperti lekio, ia memang dijual daun sahaja yang dipotong dari pangkal. Sayur lekio dijual dengan bawang dan akarnya sekali.
Di sini saya nak tunjuk gambar sayur lekio yang saya tanam untuk pembenihan.
Gambar kat atas adalah sayur lekio. Gambar ketiga menunjukkan bawang pokok lekio yang berwarna putih. Untuk pengetahuan anda pokok tu belum cukup umur lagi. Saja saya cabut untuk tunjukkan bawangnya. Jika dah cukup umur bawangnya besar. Tempoh nak tuai sayur lekio nie di antara 4 ke 6bulan bergantung pada kesuburan tanah.
Ok, setakat nie dahulu post saya. Jumpa lagi dalam pos akan datang dengan cerita dalam bidang pertanian yang menarik. Terima kasih.