Projek Tanaman Jagung Manis (Honey Jean)

Lama sudah blog nie tak update. Maklumlah sibuk kerja kat kebun. Sekarang nie saya tengah setup satu projek tanaman jagung manis jenis honey jean no 2 lebih kurang satu ekar. Saya buat secara berperingkat dan target pengeluaran masa bulan puasa nanti. Buat masa nie tanah seluas satu ekar telah siap dipelau dan dibuat batas. Kerja-kerja pemasangan paip sprinkler sedang dilaksanakan.

Inilah kawasan yang akan di penuhi pokok-pokok jagung manis honey jean no 2:

 

Kerja-kerja buat lubang untuk menanam benih jagung sedang giat dijalankan. Satu batas saya buat 2 atau 3 baris lubang untuk menanam jagung bergantung lebar batas tersebut. Tujuan saya buat lubang nie adalah supaya pokok jagung tidak tumbang jika angin bertiup kencang. Lagi satu senang sikit kerja. Tak payah nak tibus-timbus akar jagung sebab lubang akan tertutup sikit-sikit apabila pokok semakin membesar. Pokok jagung pun tahan dan tak tumbang jika ditiup angin.

Pokok jagung boleh juga tanam tanpa batas. Saya tanam atas batas sebab lepas projek jagung nie nak terus tanam cili padi. Lagipun paip dah pasang atas batas. Senang sikit kerja nanti. Tanaman jagung ini mungkin lagi seminggu bolehlah ditanam. Kolam air dah pun penuh lepas hujan lebat hari tu.

Ok, setakat ini dahulu post saya. Kita bertemu kembali dalam pos akan datang. 🙂

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *