Apr 20

Projek seterusnya yang akan saya usahakan adalah tanaman cili padi kampung dan bendi. Pokok cili kampung saya sedang semai dalam polibeg. Sebanyak 1000 pokok cili kampung diperlukan untuk kawasan ini. Pokok bendi tidak perlu disemai dan terus ditanam ditanah. Memandangkan tanaman junjung telah membesar, jadi bolehlah ditinggalkan sekejap untuk buat projek baru. Kawasan seluas 0.6ekar telah pun siap diracun dan dibersihkan.Sebelum ini kawasan tersebut adalah kawasan tanaman jagung manis honey jean. Saya telah pun mengupah seorang pak cik untuk rotor batas kawasan tersebut supaya tanah gembur kembali. Inilah hasilnya…

Tapak Yang Baru Di Rotor

Batas nie baru je siap di rotor. Tak sempat nak tabur tahi ayam sebelum rotor sebab banyak keje. So, terpaksalah letak kemudian setelah pasang plasatik silver shine. Saya akan letakkan baja tahi ayam dalam lubang yang akan dibuat atas batas. Batas nie dah banyak baja organik tahi ayam masa tanaman lepas, tak jadi masalah sangat. Sekarang proses pemasangan plastik silver shine akan dilangsungkan. Terpaksalah pasang sorang-sorang. Hehe.

Sebanyak 4 gulung plastik silver shine saiz 4kaki x 250meter diperlukan untuk pemasangan batas kawasan tersebut. Saya belah 2 plastik 4kaki tu. Sebab yang pertama senang nak pasang kalau buat kerja sesorang. Sebab kedua, memandangkan saya guna sistem paip sprinkler kat kebun memang wajar belah 2 supaya air banyak masuk dalam batas masa siram. Kalau nak tebuk plastik memang memakan masa berhari-hari kalau buat sesorang. Jika anda guna sistem paip titis dan ramai pekerja bolehlah tebuk plastik tu.

Tujuan saya pasang plastik nie ada 3 sebab. Sebab pertama supaya dapat mengawal pertumbuhan rumput, kalau tak pasang memang berbulan-bulanlah nak merumput.. Sebab kedua supaya plastik tersebut boleh memantulkan cahaya matahari kat bawah daun pokok, so serangga tak tahan panas dia lari la. Sebab ketiga pula supaya batas tak pecah dan baja tak hilang dibawa air, baja yang ditabur tetap kat situ  jer walau hujan turun lebat.

Inilah gambar sebahagian batas yang telah saya pasang plastik silver shine..

Batas Lepas Pasang Plastik Silver Shine

Pasang plastik silver shine nie tak susah sangat. Susahnya kalau angin kuat sebab plastiknya terbang. Hehe. So, kenalah pasang waktu pagi atau petang. Setiap 15kaki kenalah timbus plastik tu sebab kawasan kebun saya angin kuat. kalau tak timbus terbang hilang kat mana ntah plastik-plastik tu.

Ok, jumpa lagi post akan datang dan saya akan kongsikan pengalaman saya lagi kat kebun sayur.

Use Facebook to Comment on this Post

Share

7 Responses to “Projek Tanaman Cili Padi Kampung Dan Bendi”

  1. Salam tuan.. Sy berminat untuk buat tanaman cili sebagai bisnes kecil-kecilan.. Di laman rumah sy ada tanah kosong.. Sy igt nk buat tanaman 2 di laman ni saja.. Kebanyakan saudara sy juga terdiri drpd pengusaha kedai mkn.. Ni first time sy nk buat tanaman.. Blh bagi tunjuk ajar bagaimana nk membuat tanaman cili?terima kasih tuan..

  2. Waalaikumusalam.. Teruskan usaha anda. Itu satu kelebihan kepada anda kerana ada saudara yang mengusahakan kedai makan. Permintaan cili memang sentiasa ada sahaja. Jika jual terus kepada pengusaha kedai makan untung lebih sikit. Mulalah menanam sekarang, anda akan dapat pengalaman dan kongsikan apa masalah anda disini. Saya akan cuba membantu dan rajin-rajinlah komen untuk dapat info.. 🙂

  3. salam…sy ingin mencuba menanam cili di tanah seluas setngah ekar sy tp sy risau tentang penjagaannya…boleh tuan beri sedikit sebnyak tips…tq

  4. Waalaikumusalam.. Cuba dahulu saja tanam tapi mula dari sikit-sikit dulu untuk cari pengalaman dan cari pasaran. Bila dah mahir dan faham semua boleh tanam skala besar. setengah ekar tu banyak cili boleh tanam.

  5. salam.admin macam nak dapat benih lada kampung.

  6. Wsalam.. buat masa sekarang benih cili kampung tiada stok.. benih hanya untuk tanaman sendiri. Insha Allah bulan februari 2014 benih cili padi kampung akan mula dikeluarkan semula. Terima kasih.

  7. Walaupun dalam sibuk2 buat kerja .. blog nie tetap saya lawati…
    sbb artikel dia memang menarik… nak cadang kepada pengunjung..
    bookmark…

Leave a Reply