Plastik Silver Shine Siap Di Pasang

Projek Cili Padi Kampung Dan Bende

Selamat bertemu kembali…

Siap sudah proses pemasangan palstik siver shine untuk projek tanaman cili padi kampung dan bende. Tiba masa untuk membuat lubang atas batas dalam jarak antara 2 kaki. Selepas ini, proses menabur baja organik tahi ayam dalam setiap lubang perlu dilakukan. Selepas semiggu bolehlah benih bende disemai dan benih cilipadi kampung ditanam.

Inilah kawasan tanaman yang siap dipasang plastik silvershine lebih kurang 0.6ekar.

 

 

 

Plastik Silver Shine Siap Di Pasang

Lubang Siap Di Gali

 

Lubang atas batas semua siap digali. Lepas nie boleh letak baja organik tahi ayam dan tanam pokok. Benih pokok cili padi kampung dah besar dan sesuai sangat dipindahkan atas batas. Lihat benih cili padi kampung saya. Memang cantik! hehe.

Benih Cili Padi Kampung

Setakat ini dahulu post saya, jumpa lagi dalam post akan datang.. 🙂

Share

3 thoughts on “Plastik Silver Shine Siap Di Pasang

    • Author gravatar

      Salam, saya berminat utk membeli plastik silvershine dlm kuantiti yg byk. sila / hubungi saya di 012-3340959. terima kasih.

    • Author gravatar

      cli pdi lbih baik d smai dlm polibeg atau dlm bks kcik2 yg mcm try2???bpe minngu cli bleh d pndh kebts???

      • Author gravatar

        Sekarang saya semai cili padi atas tanah.. Tak larat nak isi tanah dalam polibeg jika tanam ditanah yang luas. Paling baik semai atas tray atau polibeg sebab pokok kuat dan tak perlu siram sangat pun pokok boleh hidup. Dalam polibeg jika terlewat tanam pun tiada masalah. Semaian atas tanah adalah selepas sebulan atau sebulan setengah baru pindah. Sama sahaja dalam polibeg dan tray. Semuanya bergantung tahap kesuburan pokok yang anda semai. Tq.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *