Petola Dan Kacang Panjang Mula Di Tuai
Selamat bertemu kembali… Hari ini masuk hari ketiga saya menuai petola dan kacang panjang. Pokok kacang buncis dan labu air masing-masing baru mengeluarkan bunga. Pada hari pertama menuai tak la dapat banyak hasil. Petola mengeluarkan hasil sebanyak 7kg dan kacang panjang sebanyak 3kg. Hari kedua pula sebanyak 21kg petola dan 5kg bagi kacang panjang. Pada hari ketiga petola mengeluarkan sebanyak 17kg dan kacang panjang sebanyak 14kg. Hasil tanaman dijangka akan terus meningkat seminggu dari sekarang. bagi tanaman junjung hasil akan menigkat naik sehingga satu tahap dan kemudian akan turun semula bila pokok sudah tua.
Harga sayur di Kota Tinggi sekarang pada tahap sederhana (normal) dimana boleh dikira stabil la. Hehe. Untuk tanaman petola harga yang diterima 1kg adalah RM 2/kg. Bagi kacang panjang pula juga RM 2/kg. Ini merujuk harga yang dijual terus kepada pekedai. Jika sayur ini ditolak pada pemborong harga lebih rendah lagi.
Jom lihat gambar hasil tanaman sayur petola dan kacang panjang..
Gambar Petola
Buah Petola Matang
Gambar Kacang Panjang
Hasil Kacang Panjang 14kg
Buah Kacang Boleh Di Tuai
Ok, setakat nie dulu. Jumpa lagi post akan datang.. 🙂