Nak Berbunga Dah Jagung Kesayanganku..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama dah saya tak update blog nie. Sibuk sangat sekarang dengan aktiviti di kebun. Bulan ramadhan semakin hampir dan semua umat Islam akan berpuasa. Bulan puasa nie adalah satu cabaran yang besar bagi petani kerana terpaksa menahan dahaga bekerja dibawah cahaya matahari yang terik. Walaupun bekerja ditengah panas dan bermandi peluh, namun kewajipan berpuasa kenalah dilaksanakan juga. Saya harap tahun nie dapat menyempurnakan puasa penuh seperti tahun-tahun yang sudah.

Untuk post kali ini saya nak kongsi gambar pokok jagung honey jean saya yang semakin tinggi dan bunga jagung mula kelihatan di celah-celah pucuk daun jagung. Lagi seminggu bunga jagung akan keluar dan akan nampak penuh bunga jagung. Insya Allah saya akan kongsikan gambar tersebut dengan anda nanti.

Gambar dibawah adalah pokok jagung honey jean berumur sebulan:

Ketinggian Pokok 70cm

Peringkat 1

Peringkat 2

 

Jagung Dah Nak Berbunga

 

Jagung honey jean memang tak tinggi seperti jagung lain. Ketinggian pokok jagung honey jean adalah diantara 110cm hingga 150cm sahaja. Ketinggian pokok jagung dikira dari tanah hingga hujung bunga. Masa mula-mula tanam jagung honey jean nie saya terkejut sebab pokok jagung dah berbunga masa ketinggian pokok hanya 2kaki dari tanah.

Ok, setakat nie dahulu post saya untuk jagung honey jean. Jumpa lagi dalam post akan datang masa pokok jagung telah berbunga. Tunggu yer….  🙂

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *