Jun 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dah lewat nak update blog nie sebab hujung bulan lepas saya bercuti ke Cameron Highland bersama keluarga. Banyak juga ilmu menanam sayur dan strawbery yang saya pelajari semasa bercuti di tanah tinggi Cameron Highland. Jika ada masa saya akan postkan percutian saya di Cameron Highland. Untuk post ini saya nak kongsi gambar anak pokok kacang panjang yang akan dipindah ke atas batas

anak-kacang-panjang-th2

Gambar di atas adalah anak pokok kacang tai hong 2 yang telah berumur 10 hari selepas disemai. Anak benih kacang panjang sudah sesuai dipindahkan di atas batas. Anak benih nie pun dah kira lewat sikit dipindahkan sebab dah panjang batangnya. Paling baik lepas seminggu benih bercambah dah boleh dipindahkan atas batas. Oleh kerana musim hujan sahaja, kerja-kerja memindah anak benih tergendala sebab sukar nak tanam masa hujan lebat. Jika lewat sedikit tidak menjadi masalah. Jangan lebih dari 2 minggu sehingga anak benih telah mengeluarkan pucuk untuk melilit.  Ia menyukarkan kerja sebab pucuk dah melilit antara satu sama lain. Jika berlaku perkara tersebut adalah lebih baik anda menyemai benih yang baru.

anak-kp-lepas-pindah

Gambar di atas adalah anak benih yang selamat dipindahkan atas batas dan baru sahaja disiram. Untuk kali ini saya menanam 2 pokok dalam satu lubang dengan jarak 50cm antara pokok. Jika anda rajin, anda boleh menanam 1 lubang 1 anak benih kacang dengan jarak 30cm antara pokok. Saya tanam 2 terus sebab mudah sikit nak ikat tali untuk kacang melilit. Untuk gambar ikat tali lilit akan saya tunjuk dalam post akan datang.

buncis-th

 

petola-th

Selain kacang panjang tai hong 2, saya juga ada menanam sedikit pokok kacang buncis dan petola untuk makan sediri dan jual di kawasan kampung. Jemu jika makan kacang panjang sahaja hari-hari jika tak tanam sayur jenis lain :-). Tanaman kacang panjang tai hong 2 adalah tanaman utama iaitu 80% dari kawasan junjung. Yang selebihnya adalah tanaman kacang buncis, petola dan labu air.

Ok, setakat ini dahulu post saya. Tunggu post cara ikat tali lilit kacang panjang yang akan saya tunjuk dengan teknik saya. Terima kasih.

 

 

 

Dapatkan Aneka Benih Sayur Di Sini!- Klik Sini

Labu-air

 

 

 

 

 

Use Facebook to Comment on this Post

Share

4 Responses to “Memindah Benih Kacang Panjang Tai Hong 2 Atas Batas”

  1. Mana yang lebih efektif, langsung ditanam biji atau disemai dahulu kemudian dipindahkan?

  2. Saya suka semai dahulu. Benih tumbuh semua dan rata. kalau semai terus ada yang tumbuh dan ada yang tak. Jika semai terus kita perlu siram sampai benih semua tumbuh. Kos minyak dan masa menyiram diperlukan.. Semai dahulu dan kemudian pidah lebih memuaskan. Semua pokok yang saya pindah hidup. Ini hanya pendapat saya berdasarkan pengalaman.

  3. jenis kecang panjang ini apa perbedaannya dengan kacang panjang biasa yang banyak saya temui di indonesia?

  4. Perbezaan kacang panjang adalah dari segi buahnya yang panjang, pokok kacang berbuah lebat, buah lebih tahan lama dan tahan dari serangan penyakit. Setiap benih kacang panjang ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

Leave a Reply