Sep 26
Kesan Dan Kawalan Rumput Sambau
posted by: admin in Petani, Racun Prospect, Rumput Sambau on 09 26th, 2012 | |

Selamat bertemu kembali.  Untuk post kali ini saya akan menyambung perbincangan topik yang lepas berkaitan rumput sambau di kawasan ladang. Rumput sambau adalah rumput yang kebal kerana ia susah mati dan mudah sangat membiak walaupun kurang air. Kalau rumput nie dapat cukup baja dan air dah macam sawah jika dilihat dari jauh.

Bermasalah sangat ke rumput nie di ladang sayuran? Ya, memang bermasalah sangat kerana rumput ini menyerap baja dan air yang banyak pada tanaman anda. Setelah dibuat perbandingan, kawasan tanaman yang mempunyai rumput sambau kurang mengeluarkan hasil sehingga 30% dari kawasan yang tiada rumput sambau.  Ini menyebabkan pendapatan dari hasil pertanian berkurangan dan merugikan petani.

Dari topik post sebelum ini saya ada menyebutkan 2 jenis racun untuk mengawal rumput sambau ini iaitu  basta 15 (glufosinate-ammonium) berwarna biru dan perspect (ametryn) berwarna putih susu. Kedua-dua racun ini memang sesuai untuk mengawal rumput sambau, tetapi perlu menggunakan kedua-dua racun ini mengikut situasi yang tertentu.

Racun basta 15 sesuai digunakan pada sebarang waktu kerana ia tidak merosakkan tanaman sayuran anda dalam jangka panjang. Jika terkena pada tanaman sayuran anda ia akan pulih kembali beberapa hari kemudian. Racun basta ini boleh digunakan semasa tanaman sayuran anda sedang membesar. Jika ada rumput sambau dibahagian lorong batas, anda boleh gunakan racun basta 15. Pastikan anda racun pada hari panas supaya racun meresap ke dalam rumput dan rumput akan kering serta mati selepas seminggu.

Seterusnya, racun perspect (ametryn) pula hanya sesuai digunakan selepas tanaman sayuran anda habis dituai atau sebelum memulakan penanaman tanaman sayuran yang baru. Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, saya kerugian sehingga 70% kerana menggunakan racun ini semasa pokok kacang panjang saya berumur sebulan. Pokok kacang panjang menjadi bantut kerana terkena debu halus racun ini. Jangan sesekali menggunakan racun ini selepas anda mula menanam.

Di harap post untuk kali ini dapat membantu dan menjadi ikhtibar kepada anda yang menjalankan aktiviti pertanian. Untuk sebarang komen, pandangan dan apa-apa sahaja berkaitan rumput sambau bolehlah dikongsikan di sini.

 

Terima Kasih.

 

Dapatkan Benih Cili Padi Kampung. Klik Sini!

Use Facebook to Comment on this Post

Share

One Response to “Kesan Dan Kawalan Rumput Sambau”

  1. Satu usaha dan maklumat yang baik.Tahniah.

Leave a Reply