Kerja Ikat Tali Kacang Siap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya siap juga kerja-kerja mengikat tali kacang. Hampir seminggu kerja-kerja mengikat tali kacang dilakukan. Satu tempoh yang lama sebab mood bercuti masih ada, nak ikat malas jer :-). Sebenarnya kalo ikat awal-awal tali kacang adalah lebih baik, kerja akan jadi kurang rumit sebab tak perlu nak lepaskan lilitan pucuk kacang yang merebak dan melilit pokok kacang sebelah. Saya akan ajar anda bagaimana nak ikat tali pokok kacang walaupun pokok kacang masih kecil. Tidak perlu nak ikat tali terus pada pokok kacang yang masih kecil sebab kalau kena tiup angin memang tercabut pokok kacang dan mati. Nak tunngu pokok besar kena ada ramai pekerja ikat tali, jika tidak memang pokok berbuah atas tanah sebab tak sempat.

Saya dapat idea ikat cara nie kerana saya buat kerja-kerja ikat tali nie seorang diri. Kerja-kerja ikat tali adalah perkara paling penting dalam menanam sayur junjung kerana jika tak ikat tali pokok kacang tak boleh naik atas junjung yang dibina. Jadi pokok akan berbuah atas tanah, buah tidak cantik dan mudah rosak. Kerja-kerja pembersihan rumput dan kutipan hasil juga sukar dilakukan. Kerja ikat tali adalah perkara yang paling rumit dalam menanam kacang panjang. Bayangkan nak ikat tali setiap pokok. Jika ada 2000 pokok, kita kena ikat 2000 tali. Memang penat dan sakit pinggang. Nasib baik kerja ikat tali hanya sekali satu musim :-).

Ok, tanpa bercerita panjang lebar saya akan tunjukkan bagaimana teknik saya ikat tali kacang. Anda perlu beli 2 jenis tali iaitu tali saiz besar dan tali ikat kacang (halus) seperti dalam gambar dibawah.

tali

Tali Saiz Besar

Tali Ikat Kacang (Halus)

Tali Ikat Kacang (Halus)

Seterusnya, sediakan kayu kecil berukuran 1 kaki panjang bergantung jumlah batas yang anda bina.

kayu

Kayu 1 Kaki Panjang

Setelah mempunyai semua barang, anda perlu cucuk kayu ditengah-tengah batas dari hujung ke hujung batas. Contohnya, jika batas anda panjang 90 kaki cucuk kayu atas batas dengan jarak setiap 15 kaki. Kemudian, ikat tali besar pada hujung kayu dan tarik tegang ke kayu yang seterusnya. Anda lilit 3 kali pada kayu kedua dan tarik tegang. Lakukan langkah yang sama untuk kayu yang ketiga dan keempat. Langkah terakhir adalah dengan mengikat tali pada kayu yang terakhir. Pastikan tali betul-betul tegang supaya mudak nak ikat tali lilit kacang nanti.

cucuk-kayu

Lepas dah siap ikat tali besar, bolehlah anda mengikat 2 atau 4 tali lilit kacang dengan mengikat hujung tali pada bahagian tali yang anda pasang dibahagian bawah berhampiran pokok yang anda tanam. Kemudian, hujung tali yang lagi satu anda ikat pada bahagian atas junjung anda.

ikat-tali-bawah

Ikat Tali Bawah

ikat-tali-atas

Ikat tali Atas

Mudah sahaja teknik saya mengikat tali. Anda boleh mengikat tali walaupun pokok masih lagi kecil. Kerja-kerja memasang tali boleh dibuat setelah pokok dipindah lepas seminggu dan dah serasi atas tanah. Teknik ini sesuai untuk semua jenis tanaman junjung. Boleh jimat masa anda bekerja.

siap-ikat-tali

Kerja Ikat Tali Siap

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Jika ada idea lain ikat tali untuk tanaman boleh kongsikan apa-apa sahaja disini. Jumpa lagi untuk post yang akan datang. Terima Kasih.

Bulan Puasa Nak Menjelang Tiba, Jom Tanam Sayur Daun Untuk Menu Berbuka Puasa, KLIK SINI!

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *