May 7
Jagung Masmadu Di Tuai
posted by: admin in Petani on 05 7th, 2011 | |

Selamat bertemu kembali.. Semalam jagung improved masmadu habis dituai. Pada hari ke 72 barulah jagung improved masmadu dituai. Isi-isi jagung baleh tahan rapat dan besar buahnya. Rasa jagung improved masmadu kurang manis. Pada pendapat saya jagung yang terbaik adalah jagung honey jean no.2 kerana rasanya manis walaupun buahnya kurang besar berbanding improved masmadu. Jagung improved masmadu lewat 12 hari masa tuainya berbanding jagung honey jean no.2.

Pendapatan yang saya dapat juga kurang bagi jagung improved masmadu. Dengan benih 200g hanya dapat RM350 sahaja. Biasanya bagi tanaman jagung honey jean no. 2, saya boleh mendapat RM 600 – RM900 untuk benih 200g. Walaubagaimanapun, kedua-dua jagung tetap memberi keuntungan. Jagung improved masmadu murah pada harga benihnya iaitu separuh harga dari benih jagung honey jean no.2.

Berikut adalah gambar jagung improved masmadu yang telah di rebus

Jagung Rebus

Dah lama tak makan jagung rebus nie, dah pekena memang sedap la. Hehe. Ok, jumpa lagi dalam post akan datang..

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply