Feb 26
Jagung Manis
posted by: admin in Jagung Manis, Petani on 02 26th, 2011 | |

Untuk post kali ini saya akan cerita serba sedikit pengalaman saya menanam jagung manis Honey Jean No.2. Benih honey jean adalah benih jagung yang terbaik, itu pendapat saya. Sebabnya buah jagungnya rasa manis dan enak dimakan. Pokok jagung honey jean juga cepat membesar dan hanya mengambil masa 2bulan sahaja untuk dituai buahnya. Pokoknya sederhana tinggi dan mudah untuk di kemas setelah musim tuai selesai. Lihatlah gambar jagung manis yang pernah saya tanam. Baru jer 2 minggu habis dituai. Sambutan amat menggalakkan dan hasil tuaian hanya di jual dalam kampung sahaja.

Jagung Honey Jean No 2

Tanaman jagung seluas 0.5 ekar di tanam pada bulan Disember 2010 bermodalkan RM600. Jagung mula dipetik pada bulan Februari dan keuntungan kasar yang diperolehi adalah sebanyak RM1800 sahaja. Saya target boleh mencapai RM2000 – RM2300, tapi tak dapat disebabkan kena serang babi dan di curi orang.

Inilah gambar pokok jagung Honey Jean No 2 yang saya tanam. Pokoknya tak tinggi, tapi buahnya memang manis dan sedap. Siapa yang tak pernah tengok pokok jagung bolehlah tengok gamabar di bawah :)

Pokok Jagung Berumur 2 Minggu

Pokok Berbunga Dan 3 Minggu Lagi Boleh Di Tuai

Setakat nie dulu penerangan secara ringkas pokok jagung honey jean no.2. Saya akan ceritakan kaedah penanaman pokok jagung pada keluaran post akan datang… :)

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply