Jagung Manis Sudah Berbuah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Tinggal hanya beberapa hari sahaja puasa akan menjelang. Alhamdulillah, banyak kerja siap mengikut perancangan. Cuma traktor pelau tanah je tak masuk lagi untuk pelau tanah dan buat batas. Dah hampir 3 minggu kat kawasan kebun tak mengalami hujan yang lebat. Kolam air hampir kering dan sukar nak siram pokok. Saya terpaksa tangguh menanam jagung untuk fasa ke 3. Terpaksalah tunggu hujan lebat baru boleh tanam.
Jagung fasa 1 dah mula mengeluarkan buah setelah pokok jagung berbunga. Umur pokok jagung fasa pertama adalah sebulan setengah. Ini bermakna lagi 2 minggu hasilnya bolehlah dituai. Cuaca yang terlalu panas menyebabkan buah jagung kurang cantik terbentuk. Mungkin disebabkan kurang siram air kerana saya terpaksa catu air untuk menyiram tanaman yang lain. Kalau lagi seminggu tak hujan memang bermasalahlah bagi pokok kat kebun saya. Harap esok lusa hujan akan turun…
Buah Jagung Manis
Gambar kat atas adalah buah jagung yang mula terbentuk. Terdapat 2 buah jagung pada pokok jagung tersebut. Apa yang perlu saya lakukan selepas ini adalah membuang salah satu buah jagung tersebut. Biasanya saya akan membuang buah yang kecil sebelah bawah. Jagung tersebut kita boleh jual sebagai jagung sayur seperti dikedai. Kenapa buang jagung kecil? Pasti anda tertanya-tanya. Mengikut kajian saya selama menanam jagung, buah yang kedua biasanya tidak jadi (isi rongak). Bila buah kedua dibuang, buah yang tinggal akan cepat membesar.
Pada peringkat pokok mula berbunga dan berbuah, kita tidak perlu risau pokok tumbang ditiup angin kerana akar pokok telah kuat. Jika pokok senget ditiup angin ia akan kembali tegak keesokan hari. Lihat gambar dibawah menunjukkan akar pokok jagung yang tumbuh.
Mungkin 10 ramadhan nie jagung honey jean saya boleh dituai. Kena makan masa berbukalah nanti. Hehe. Ok, setakat nie dahulu post saya. Jumpa lagi post yang akan datang..
nak belajar cara nak tanam jagung