Jagung Improve Masmadu Dan Tanaman Junjung Mula Berbunga
TANAMAN JUNJUNG BERBUNGA
Selamat bertemu kembali. Pada hari ke 35 lepas tanam pokok kacang panjang,buncis dan petola saya telah berbunga. Ini menunjukkan tanda-tanda pokok akan mengeluarkan hasil. Inilah yang menggembirakan seseorang yang bergelar petani kerana boleh dapat duit lepas nie. 🙂 Jom lihat gambar pokok kekacang dan petola saya yang sedang berbunga.
Pokok Kacang Mula Mengeluarkan Bunga Warna Putih
Buah Kacang Mula Terbentuk
Pokok Kacang Melilit Terus Atas Junjung
Lebih kurang seminggu lagi buah kacang nie bolehlah dipetik. Pokok-pokok kacang mula mengeluarkan bunga dan akan bertambah banyak setiap hari. Pada masa nie dah boleh pasang perangkap lalat buah supaya buah kacang tak busuk diserang lalat buah.
Pokok kacang buncis juga telah mengeluarkan bunga. Tapi, buah buncis belum lagi kelihatan. Biasanya kalau dah berbunga, lagi seminggu bolehlah nampak buah buncis. Jom lihat bunga kacang buncis. Jarang orang nak tanam pokok kacang buncis nie sebab leceh nak petik.
Bunga Buncis Berwarna Unggu
Belalang Kunyit Nak Makan Pucuk Kacang
Pokok petola dah mengeluarkan bunga jantan sebulan selepas menanam. Bunga jantan akan mendebungakan bunga betina untuk menghasilkan buah petola. Bunga petola akan kembang pada waktu malam. Gambar bunga nie di ambil pada waktu senja. Nak faham lebih lanjut tentang bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar dibawah.
Bunga Jantan Petola
Bunga Betina Petola (Buah Petola)
Buah Petola Terhasil Selepas Proses Debunga
Pokok labu air masih belum mengeluarkan bunga. Pokok nie lambat sikit dari pokok lain. Baru jer melilit tali nak naik atas junjung. Batang pokok labu air nie memang besar dan lembut.
Pokok Labu Air
JAGUNG IMPROVE MASMADU BERBUNGA
Di sini saya nak tunjukkan jagung masmadu saya yang sedang berbunga. Punyalah tinggi pokok jagung nie. Saya pun dah redah dari pokok jagung nie. Kalau jagung honey jean sama tinggi. 🙂 Umur jagung sebulan setengah baru mengeluarkan bunga. So, lagi sebulan setengahlah baru boleh menuai.. Bunga jagung nie sekali tengok macam buah padi jer..
Bunga Jagung Masmadu
Tingginya Pokok Jagung Improve Masmadu Nie