Jagung Honey Jean No 2 Mula Tumbuh

Hai! Bertemu kita kembali. Hari nie saya memang seronok sangat sebab benih jagung honey jean yang saya semai 3hari lepas dah mula tumbuh. Gambar kat atas tu lah benih jagung honey jean no. 2. Benihnya memang kecut sikit, tapi memang cepat tumbuh. Kenapa benih jagung tu warna merah? Mesti ada yang tertanya-tanya. Memang dari dalam paket yang dibeli dah warna merah. Kemungkinan warna merah tu racun kulat supaya benih tidakkena serangan kulat . Dari pengalaman saya tanam jagung nie memang kurang nak jumpa pokok yang kena serangan kulat.

Memandangkan sekarang nie musim hujan kat sini memang cantiklah benih jagung tumbuh. Bila dah tumbuh kenalah sediakan racun serangga sebab belalang dan cengkerik menanti nak makan pucuk jagung muda. Kalau tak dikawal jawabnya matilah pokok jagung tu. Hehe.

Di sini saya ada upload gambar jagung yang berusia 4hari. Pokoknya nampak sihat. Majoriti benih yang disemai tumbuh semuanya.

 

Saya akan biarkan kedua-dua jagung yang tumbuh itu hidup sehingga mengeluarkan hasil. Tak perlu buangkan sebab pokok honey jean tak tinggi sangat seperti pokok jagung lain. 2 pokok tu berharga RM1 apabila hasilnya dituai sebab dapat 2 tongkol jagung. Ok, setakat nie dulu. Jumpa lagi dalam post akan datang.. Terima kasih.

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *