Cili Padi Kampung Dan Bendi Dalam Proses Menanam
Selamat bertemu kembali.. Setakat nie 400 pokok cili padi kampung dan bendi telah selamat di tanam. Ada lagi baki 300 pokok yang belum tanam. Benih masih kecil dan terpaksa tunggu besar. Benih bendi terus di semai dalam lubang atas batas.. Dalam masa 4hari benih bendi akan mula tumbuh. Pokok cili padi yang ditanam layu pada hari pertama di tanam. Cuaca kat sini panas terik. Lagi 2 minggu cantiklah pokok cili padi kampung yang di pindah tu.
Benih Bendi
Setiap lubang 3biji benih ditanam. Apabila pokok bendi besar, tinggalkan hanya sepokok sahaja di dalam lubang dan biarkan sehingga besar. Saya menanam pokok cili padi kampung berselang seli dengan pokok bendi. Maksudnya, akan dapat dua hasil dalam satu kawasan yang sama.
Pokok cili padi kampung dan bendi akan mengeluarkan hasil selepas 5 minggu di tanam. Tapi, pokok cili saya ada yang dah berbunga sebab terlewat tanam. Mungkin akan berbuah cepat. :-). Inilah gambar pokok cili padi lepas tanam:
Pokok Cili Padi Kampung
Pada peringkat ini pokok haruslah disiram 2 kali sehari supaya pokok hidup subur dan tidak terencat. Semburan racun kulat mancozeb dan racun serangga malathion boleh di sembuar. Di kawasan saya nie banyak cengkerik yang makan batang pokok cili. Ok, setakat nie dulu yer.. Kita ikuti perkembangan pokok cili padi kampung dan bendi ini pada masa akan datang.. Terima kasih, jumpa lagi.