Cili Padi Kampung Dah Mula Berbuah
Assalamualaikum… Apa khabar kepada anda semua. Di harap semua sihat-sihat hendaknya. Maklumlah sekarang nie ramai yang kurang sihat kerana demam. Cuaca sekarang pun tak menentu. Kat kawasan saya hampir 2minggu hujan tak turun. Memang terpaksa siram pokok setiap hari. Kelebihan musim panas nie pokok cili kampung sangat subur dan segar. Pokok cili kampung nie memang tak bermasalah kalau musim panas.
Hari ini adalah hari yang ke 42 pokok cili padi kampung saya dipindahkan atas batas. Alhamdulillah hampir semua pokok mula membesar dengan sempurna. Pokok-pokok mula mengembang dan mengeluarkan putik bunga. Ada juga pokok yang sangat subur dam dah mengeluarkan buah cili padi kampung. Saya jangka pokok cili padi kampung akan mengeluarkan hasil pada hari ke 70 selepas dipindahkan atas batas. Kalau dah berbuah awal itu dianggap bonus. Pertengahan bulan 7 nie dah mula petik cili padi dan dah boleh jana wang kat kawasan cili padi kampung.
Hari nie saya nak kongsi sikit gambar pokok cili padi kampung yang terkini. Dah semakin mengembang dan membesar.
Saya harap pokok cili padi kampung tu boleh membesar sehingga 4 kaki. Saya akan cuba menjaga sehingga mencapai ketinggian yang diinginkan. Pengalaman saya yang lepas pokok cili padi kampung boleh mencapai ketinggian 6 kali semasa ditanam bawah jaring hitam. Oleh kerana sekarang pokok cili padi kampung ditanam terus mendapat cahaya matahari berkemungkinan akan rendah sedikit.
Ada juga pokok cili padi kampung yang baru berumur 42 hari dah mengeluarkan buah. Hal ini berlaku mungkin disebabkan pokok mendapat baja yang mencukupi dan pokok cepat matang. Lihatlah sedikit gambar cili padi kampung yang sempat saya ambil.
Kat kawasan yang sama saya ada juga tanam cili padi sentil/cili padi jepun/cili padi burung sebatas. Nak cuba bandingkan cili padi kampung dan cili sentil. Kalau dilihat buahnya macam serupa, tetapi berlainan. Buah cili padi kampung sedikit berkedut manakala buah cili sentil licin sahaja. Lihat gambar poko cili padi sentil dan buahnya sekali.
Ok setakat ini dahulu perkongsian pengalaman saya. Saya harap serba sedikit ilmu tentang pokok cili padi kampung dan cili padi sentil anda ketahui. Bertemu lagi pada post akan datang dengan post yang menarik tentang pengalaman saya di kebun sayur. Terima kasih dan jumpa lagi. 🙂
Mengenai rasa sepertinya pedas banget ya?