Jul 21
Cili Kampung 4kg Dari 120 Pokok
posted by: admin in Bendi, Cili Padi Kampung, Petani on 07 21st, 2011 | |

CILI PADI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita untuk post terkini tentang hasil cili padi kampung yang saya tuai. Pokok cili saya baru berusia 2bulan 1 minggu dari tarikh dipindah atas batas. Setakat nie hasil tuaian baru dapat 9kg keseluruhannya. Yang terbaru saya memperolehi 4kg buah cili padi kampung untuk 120 pokok. Pokok masih lagi dalam peringkat permulaan dan hasil boleh meningkat lagi setelah umur pokok 3bulan.

Memang penat petik cili padi kampung nie. Dalam masa 3 jam hanya boleh petik 4kg jer. Mungkin pokok belum berbuah lebat lagi sebab tu lambat petik. Peringkat permulaan saya target dapat 10kg petik cili seminggu untuk 300 pokok. Jumlah keseluruhan pokok cili padi kampung di kebun saya adalah lebih kurang 600 pokok. Kalau betul-betul menjadi dianggarkan hasil cili padi kampung boleh dituai sekitar 20kg hingga 30kg seminggu. Mungkin boleh lebih dari hasil tersebut. Jika dapat 100kg sebulan pun dah berbaloi dengan harga RM10/kg untuk 600pokok.

Kalau semua pokok cili padi kampung boleh berbuah seperti gambar di atas memang lumayan pendapatan yang boleh diterima. Semua pokok masih dalam permulaan lagi. Penjagaan yang rapi diperlukan setelah pokok mula mengeluarkan buah yang banyak. Yang menjadi masalah besar bagi cili padi kampung ini adalah pokok tetiba layu dan mati. Pangkal pokok menjadi kering dan mereput. Sehingga sekarang saya masih musykil masalah ini.

Ok, setakat nie yer post saya. Bertemu lagi dalam post yang akan datang. Jumpa lagi. :-)

 

Use Facebook to Comment on this Post

Share

25 Responses to “Cili Kampung 4kg Dari 120 Pokok”

  1. Saya memang minat dgn bidang pertanian ini.Tapi laman in memaparkan gambar yang kecil,kalau boleh harap dapat dipaparkan dalam sais yang lebih besar kalau boleh dalam bentauk’fullscreen’TK.

  2. Saya akan cuba usahakan. Masalah gambar besar lambat nak loading web. Bagi yang lain internet laju tiada masalah.. Terima Kasih.

  3. Anda ada jual benih cili kampung ?

    Berapa hasil(kg) yang boleh diperolehi 100 pokok yang matang ?

    Bagaimana dengan benih hibrid yang saya dengar mardi cipta. Satu pokok boleh hasilkan 1 kg cili pada satu petik. Boleh ke ?

  4. Setakat ini belum jual lagi… Saya bercadang nak jual juga pada masa akan datang. Cili kampung boleh keluarkan 1kg sepokok sebulan apabila pokok matang. Pengalaman saya 3kg sepokok dalam sebulan boleh dapat. Kalau pokok kurang cantik pun boleh dapat 0.5kg sepokok.. Dalam 100 pokok anda boleh dapat 50kg – 100kg sebulan. Harga pula antara RM10 – RM13 sekilo. Benih hibrid mardi adal semerah. Memang betul buahnya banyak sangat. Tapi masalahnya ada petani yang tanam menanggung kerugian kerana cili tersebut tak laku. Orang lebih gemar cili padi kampung sebab pedas dan aromanya. Tq.

  5. salam, pengalaman saya menanam pokok lada kampung di kawasan rumah setakat ini boleh mengeluarkan 20kg sebulan bagi 15 pokok dan saya ada cara untuk memulihkan pokok cili yang tiba-tiba layu dan mati, semoga kita boleh berkongsi pengalaman dalam bidang pertanian ini, tq

  6. Benarkah cili padi kampung boleh dapat sehingga 3kg/pokok dlm masa sebulan? Mcm tak percaya je..

  7. Boleh. Tapi biasanya sukar nak dapat melainkan pokok benar-benar subur. Biasanya pokok yang berusia 5 bulan ke atas boleh dapat jika tanam atas tanah.

  8. wsalam..Tahniah kerana pokok anda menjadi.. tapi biasanya pokok yang layu tu susah nak pulih. Itu disebabkan serangan kulat. Bagaimana anda boleh pulihkan? Bolehlah syer pengalaman anda disini..

  9. assalamualaikum..tahniah saudara…byak dpt dkongsikan disini…sayabaru mengusahakan labh kurng 1 ekar cili kampung ni…tp sbb tanam x serentak ,maka pokk yang berbuah masih x banyak….pasaran untuk cili mmg ada prospek yg sgt baik…
    masalah kita sama,,pokok yg sihat tetiba layu dan mati..itu msalah utama..soal penjagaan,,saya mbmg menjaga dengan rapi dari pembajaan hngga racun..kulat dan kerinting daun dapt diatasi…yang tetiba mati ni yg jd misteri..insyaaalah…kita sama2 cari punca dan kita kongsikan nanti…
    harga terkini di daerah kuantan rm 18-20/kg..cukup lumayan.

  10. Tahniah dan syabas kpd tuan tanah. terimakasih juga krn sudi kongsikan ilmu tanaman lada kecil ini disini. kepada En Shah, saya juga penanam lada kecil di kuantan. kalau ade kelapangan boleh kita berkenalan dan bertukar2 pengalaman pasal tanaman lada ni. sy juga baru je start tanam dlm 500 pokok, tapi yg berjaya hidup sekitar 350 pokok.

  11. Memang seronok orang tinggal di Pahang nie. Harga cili padi mahal disana. Di Johor cili padi kampung biasa dijual RM10/kg (harga ladang). Nak letak harga tinggi tak laku nanti. Orang Johor kurang makan cili padi. Saya pernah kerugian kerana harga cili padi jatuh murah sangat sehingga RM4/kg setelah tanam 2000 pokok. Memang tak berbaloi nak petik dan jual. Hanya mampu melihat buah cili merah busuk di atas pokok sahaja. Di anggarkan penghasilan sebulan boleh mencecah 1 tan. Terpaksalah pokok cili dimusnahkan. Dah serik nak tanam banyak-banyak lagi. :-)

  12. owh.. kenapa tak cuba pasarkan ke tempat lain? benarkah org Johor kurang mkn cili padi? Saya org johor dan gemar makan cili padi. hehe. kawan sy tanam cili padi sekitar 1500 pokok, dapat hasil kasar RM80,000 semusim. ini adalah Fakta bkn rekaan. dia tanam di Mersing.

  13. Dah merata dipasarkan. Tapi harga drop sangat. Time tu pula ramai sangat yang tanam cili padi. Orang akan beli cili padi yang lebih murah harganya. Time tak tanam tak ramai pula yang tanam. :-) Kawan anda tanam cili padi jenis apa? Cili padi memang menguntungkan, saya percaya apa yang anda nyatakan.

  14. dia tanam centil juga dn kacukan centil.kwn sy tu byk juga bg ilmu dn tips2. tapi.. sebenarnya praktikal di ladang x sama dgn tips2 walaupun kita tiru apa yg dia buat. betul tak admin? hehe sy suka dgn nasihat admin, Kuantiti vs kualiti tu. skrg ni sy jaga pokok sy yg masih tinggal Centil 290 pokok dn kampung 33 pokok. harap2 bolehlah dapat hasil sepokok sekurang2nya 1kg semusim atau lebih lg sbg permulaan.

  15. Memang betul.. dah tanam sendiri kita akan tahu apa masalah pokok dan merasai satu kepuasan jika berjaya menuai hasil.. Mulai dari sikit-sikit dahulu untuk memahami pokok dan kira kos untuk tanaman. Dah ada pengalaman dan modal yang banyak boleh lah tanam banyak sikit, tapi kena tengok pasaran juga. Mereka yang dah lama menanam memang dah ada pasaran dan pembeli dah kenal.. Saya pernah tanam sebulan dpt 1kg sepokok hasil dengan baja yang dibuat sendiri.. :-)

  16. Nak tanya harga sekilo cili kampung (harga ladang )brp ye ?

  17. Kebiasaannya RM10.. Semuanya mengikut harga pasaran dan kawasan anda menjual. Boleh juga mencapai RM12 – RM15 jika barang tidak mencukupi di pasaran.

  18. salam..saya nak tanya macam nak dapat benih ladang kampung..

  19. Wsalam.. buat masa sekarang benih cili kampung tiada stok.. benih hanya untuk tanaman sendiri. Insha Allah bulan februari 2014 benih cili padi kampung akan mula dikeluarkan semula. Terima kasih.

  20. salam… sy nak share ilmu. setakat ni saya dah tanam dlm 800 pokok cili centil dan bara. baja,racun smua made in usa. baja adalah bahan organik. dari segi penggunaan tanah pula,saya menggunakan sabut. x gunakan tanah. masalah pokok tetiba mati mgkin disebabkan kedalaman tanah x cukup. dalm masa 3 bulan, pokok dah capai ketinggian 150 meter.

  21. harga cili ditempat saya blh cecah rm15 sekilo.. tp ikut gred la. plg murah rm10

  22. cili kampung ni lbh elok ditanam atas batas. sebab akar cili kampg lbh besar daripada pokok cili besar. kat area saya ada org singapore yang tanam cili bara tp pokoknye kontot,buah pn ketot serta ringan.

  23. tapi buah cili bara memang lebih pedas dari cili padi kampung.

  24. Salam…tanam cili kmpg ni bagus buat batas ke?? 500 pokok boleh menghasil kan paling mininum berapa KG?

  25. Wsalam.. Saya buat batas.. kalau hujan lebat tidak takung air. Purata biasa sepokok cili kampung antara 2kg – 5kg semusim. 500 pokok X 2kg = 1tan cili padi..

Leave a Reply