Baja Foliar Untuk Tanaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Dah lama tak update blog ni sebab laptop rosak.. Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang baja foliar. Apa itu baja foliar? Pasti ada yang tertanya-tanya dan kurang faham. Baja foliar adalah baja jenis serbuk atau cacair yang dilarutkan dalam air dan disiram atau spray pada pokok tanaman anda. Baja foliar mempunyai kesan yang sangat baik dan cepat untuk tumbesaran pokok. Nutrien dari baja foliar akan terus meresap pada daun-daun pokok dan pokok akan membesar dengan subur. Baja foliar ni umpama makanan tambahan atau vitamin bagi pokok seperti juga manusia nak sentiasa sihat akan makan vitamin.

Bagi pokok-pokok yang bermasalah seperti daun kuning dan lambat besar, baja foliar boleh membantu pokok anda yang bermasalah menjadi subur dan sihat. Hanya spray sahaja baja foliar yang dicampur air ke pokok. In shaa Allah anda akan melihat perubahan pokok anda dalam masa beberapa hari sahaja. Kekerapan untuk spray baja foliar bergantung pada keadaan pokok anda. Biasanya seminggu atau 2 minggu sekali perlu spray pokok supaya nutrien yang diperlukan pokok mencukupi.

Di sini, saya ada menjual 5 jenis baja foliar khas untuk anda yang menanam kawasan rumah. Di luar memang tak ada jual baja foliar sikit-sikit untuk kegunaan dirumah. Jadi saya menjual baja foliar paket kecil supaya anda boleh menggunakan baja foliar untuk tanaman di kawasan rumah anda. Antara 5 jenis baja yang dijual adalah baja foliar maxigreen (cecair), baja foliar 22.22.10.1+TE,baja foliar 21.21.21+TE,baja foliar 12.12.36+TE dan baja foliar 18.33.18+TE. Setiap baja ada fungsi-fungsi tersendiri yang akan saya terangkan pada post akan datang.

Anda boleh jimat banyak duit jika menggunakan baja foliar pada tanaman sebab penggunaannya sedikit sahaja. Jangan guna lebih dari kadar yang disyorkan kerana membazir. Pokok anda akan menyerap nutrien dari baja sedikit-sedikit. Spray dengan kekerapan seminggu sekali dengan kadar yang sedikit adalah lebih baik dari spray sebulan sekali dengan kadar yang banyak. Macam manusia kalau dipaksa makan banyak dalam satu masa memang tak boleh, jadi sama juga seperti tumbuhan.

spray

Sepaket baja foliar yang dijual mengandungi 30gm baja. Nampak seperti sedikit, tapi dengan 30gm saya boleh spray 1000 pokok kacang panjang berumur 2 minggu. 30gm ni boleh dilarutkan dalam 15 liter air. Jadi bagi anda pengguna di rumah hanya gunakan 2-3gram sahaja larutkan dalam 1 liter air. Ada yang bertanya 2-3gm tu banyak mana? Saya anggarkan hujung sudu teh. Sepaket baja tu anda boleh guna 10 – 15 kali untuk spray tanaman. Spray baja foliar yang siap dibancuh seluruh daun tanaman anda dan lebihan air baja boleh buat siram pada pokok. Spray terus pada pokok lebih jimat dari anda menyiram pokok dengan baja foliar. Kaedah siraman sesuai apabila pokok anda dah kritikal dan terlalu kurus.

Ok. Setakai ini dahulu perkongsian saya tentang penggunaan baja foliar pada tanaman. Post akan datang saya akan terangkan fugsi setiap baja foliar yang dijual disini..

Terima kasih.

Nak Mencuba Baja Foliar? Klik Sini!

Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *