Blog Pertanian» Blog Archive » Junjung Sayur (2 Minggu)
Apr 2

Wah lamanye dah tak update blog nie.. Disini saya nak kongsi sikit gambar tanaman junjung saya yang berumur 2minggu. Tanaman kacang panjang, buncis, petola dan labu air sudah pun mengeluarkan daun baru dan semakin membesar setiap hari. Pada masa ini sesuai dah nak letak baja gemuk (15.15.15). Kalau tanaman junjung, saya lebih suka guna baja jenis kuda singa (nitrofoska). Baja nie tahan 2minggu, so tak banyak keje nak buat. Seranga seperti belalang dah mula banyak juga kat kebun nie. Buat permulaan saya guna racun serangga malathion + racun kulat mancozeb.

Gambar Junjung 0.5Ekar

Kat sini cuaca kerap hujan. Serangan kulat pada pokok mula kelihatan. Jadi kenalah rajin racun kulat jenis mancozeb jika hari hujan. Jika hari tak hujan, saya lebih suka guna propineb sebab racun serangga nie baik, tapi kalau hujan kesan tak baik. Racun mancozeb sesuai guna musin hujan kerana dia panas. So, pokok akan panas sikitlah masa musin hujan.

Jom lihat gambar sayur junjung saya yang berusia 2 minggu.. Tak lama lagi keluarlah pucuk untuk menjalar. Kerja-kerja memasang tali juga perlu dijalankan segera. Kalau tak menjalar kat tanah la nanti. Hehe.

Kacang Panjang 2 Minggu

Kacang Buncis 2 Minggu

Petola 2 Minggu

Labu Air 2 Minggu

Semua tanaman junjung ini berusia 2 minggu. Pembajaan baja 15.15.15 sebanyak 10kg telah pun siap ditabur. Ok, kita jumpa lagi di waktu yang lain. Saya akan upload gambar pokok yang menjalar pada post akan datang. :)

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply