May 9
38KG CILI PADI SEHARI
posted by: admin in Cili Padi Kampung, Petani on 05 9th, 2012 | |

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap maaf kepada semua pembaca blog nie sebab dah lama saya tak kemaskini blog nie. Saya terlalu sibuk kerana banyak masalah dikebun kerana kurangnya pekerja. Jadi terpaksa buat semua kerja sendiri. Kepada mereka yang menghantar komen dan email maaf yer kerana tidak sempat untuk saya balas. Saya akan balas dalam masa terdekat nie. Terima kasih kepada anda yang memberi komen dan pandangan dalam blog ini. Blog nie sekadar memberi sedikit informasi, ilmu dan pengalaman dalam pertanian. Yang selebihnya anda perlu bertanya kepada mereka yang lebih pakar kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam semua jenis tanaman. Hanya pengalaman saya sahaja yang boleh saya kongsikan di sini.

Di sini saya nak tunjukkan sebahagian gambar tanaman cili padi saya yang terkini. Alhamduliilah tanaman cili padi saya 2000 pokok menjadi dan hidup dengan subur. Pokoknya pun sudah mula mengeluarkan hasil. Hari nie sahaja dah dapat tuai 38kg lebih kurang 400 pokok. Tanaman bendi saya kurang menjadi dan kurang mengeluarkan hasil. Puncanya adalah disebabkan kurang air kerana pam air saya rosak. Proses mengganti pam air baru sedang dijalankan. Kos RM1300 diperlukan untuk mengganti pam air yang baru. Saya akan cerita sedikit pam air dalam post akan datang.

Berikut adalah sebahagian gambar tanaman cili fasa 1 dan 2 cili padi kampung:-

Gambar Fasa 1

 

Gambar Fasa 2

 

Cuaca di sini sudah 3 hari panas terik. Tadi jam 2 petang hujan turun dengan lebatnya beserta angin yang kencang. Banyak pokok cili padi yang tumbang ditiup angin yang kuat. Ada juga yang patah terus. Yang patah memang tidak boleh buat apa-apa dah, kalau tumbuh tunas baru memang ada harapan untuk hidup. Sepatutnya setiap pokok cili perlu dipasang kayu penyokong, tapi apakan daya tak sempat nak cari dan pasang kayu untuk 2000 pokok tu. Mujurlah ada pokok bendi yang mengahalang angin yang kencang. Kalau tiada pokok bendi memang menyembah bumi semua pokok cili. Nie lah sebahagian gambar pokok cili padi yang tumbang.

 

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan yang selalu main game dengan saya yang baru saja tamat mengambil ijazah kejureteraan elektronik kerana membantu saya dikebun semasa ketiadaan pekerja di kebun. Sekarang dia dah dapat pekerjaan disebuah kilang elektronik. Mujurlah dia tidak memilih untuk bekerja sementara dengan saya untuk mencari pengalaman dan cari duit kocek main game.. Semoga dia berjaya pada masa hadapannya ditempat kerja barunya. Di sini ada sedikit gambar dia memetik cili padi.

 

 

Sekilas gambar tanaman cili padi kampung di kebun saya

 

Ok setakat ini dahulu post saya. Nanti saya akan ceritakan perkembangan projek di kebun saya dalam post yang akan datang. Jumpa lagi.. terima kasih.

Use Facebook to Comment on this Post

Share

2 Responses to “38KG CILI PADI SEHARI”

  1. asalammualikum
    bang boleh saya tahu lokasi kebun cili abg dimana?

  2. waalaikumusalam… lokasi saya di http://diaripetani.com/pengasas/

Leave a Reply