Jul 9
3 Minggu Dah Jagung Honey Jeanku
posted by: admin in Jagung Manis, Petani on 07 9th, 2011 | |

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali untuk post kali ini tentang jagung honey jean saya yang berusia 3minggu. Dah besar dan banyak daun jagung. Kalau dilihat 90% jagung nie memang menjadi sebab mempunyai batang jagung yang besar dan daun yang sihat. Serangan ulat dan serangga lain masih dibawah 5%. Dalam masa terdekat nie kena berjaga-jaga untuk menyembur racun serangga kerana pucuk-pucuk daun jagung mula dimakan ulat. Setakat nie saya hanya guna racun jenis malathion+mancozeb. Lepas nie kena guna racun cypermethrin untuk bunuh ulat makan pucuk jagung.

Di bawah adalah gambar jagung honey jean yang berumur 3minggu:

 

Wah rumput pun dah mula panjang.. Nak cabut tak larat nie. Nak kena upah orang lah lepas nie. Jagung nie terus cepat membesar setelah saya tabur baja gemuk 15.15.15. Lepas nie saya nak cuba letak baja urea pula setelah pokok berumur sebulan. Kita lihat nanti apa kesan pokok jagung nie. Pokok jagung honey jean nie memang perlahan masa mula-mula tanam. Bila dah berumur 2 minggu kita akan dapat lihat perubahan pokok yang cepat membesar. Mungkin lagi 2 minggu pokok jagung nie akan mula berbunga. Lihat perbezaan pokok jagung dalam gambar dibawah selang 8hari antara pokok besar dan kecil.

 

Ok, setakat nie dahulu post kali ini. Sekarang nie saya sibuk sikit sebab banyak sangat kerja nak buat. Tanaman bendi dan cili padi dah mula dituai sekarang. Pokok bendi perlu dituai setiap hari.. Ok, jumpa lagi dalam post akan datang.  Saya harap anda dapat memberi komen dalam post saya. Terima kasih.

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply