15 Hari Usia Jagung Manis Honey Jean
Hi! Bertemu kembali. Hari ini genap sudah setengah bulan atau 15 hari usia jagung manis honey jean kat kebun saya. Lebih kurang 7000 pokok jagung siap ditanam untuk fasa pertama dan dijangka dituai pada bulan 8 nanti. Puasa mas tu. Hehe. Fasa kedua akan ditanam pertengahan bulan 7 nanti dan dijanka akan dituai bulan raya aidilfitri. Makan jagung la masa raya nanti.
Pokok-pokok jagung majoritiĀ tumbuh danĀ membesar dengan subur setelah setengah bulan walaupun cuaca panas dan dah 2 minggu hujan tak turun. Bulan nie duit minyak diesel kena lebih sikit. Satu hari kos siraman untuk pokok-pokok jagung pagi dan petang adalah RM1 sahaja. Jom lihat gambar jagung 7000 pokok berusia 15 hari.
Fasa pertama dah siap tanam dan tinggal jaga hingga tuai. Sekarang nie tengah buat persiapan untuk pemasangan paip spinkler dikawasan fasa kedua. Di jangka kawasan fasa kedua ini boleh ditanam 10000 pokok jagung honey jean. Sambungan paip spinkler 20mm dah siap digam dengan socket 20mm dan Tee 25mm x 20mm. Lepas nie nak cantumkan pula Tee 25mm ke paip 25mm di batas. Gambar di bawah adalah paip 20mm yang akan dicantumkan dengan paip 25mm dibatas.
Gambar di ataslah kawasan fasa kedua untuk tanaman jagung manis. Pertengahan bulan 7 nie baru proses menanam benih jagung honey jean dijalankan. Ok setakat ini dahulu post untuk kali ini. Jumpa lagi dalam post akan datang. Terima kasih.
It’s good that we are able to get the business loans and it opens up new chances.
Aslkm’
1 ekar sytem paip berapa kos ye.
Tkh.
wsalam. susah nak tentukan kos. semuanya bergantung pada enjin dan main paip yang anda nak pasang.
kalau paip sahaja siap spinkler dalam RM 2000 dah cukup sangat. Tq.