May 19
Masa Untuk Menanam Semula
posted by: admin in Kacang Buncis, Kacang Panjang on 05 19th, 2014 | | 2 Comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Memang lama sangat saya tak update blog nie. Macam-macam dugaan untuk bulan-bulan lepas yang telah ditempuh..  Antaranya adalah musim kemarau yang agak panjang dan menyukarkan untuk menanam sayuran sebab kolam kering. Dalam sejarah saya menanam selama 4 tahun, tahun inilah kemarau paling panjang dan memang tak boleh nak tanam apa-apa.

Saya ada juga menamam kacang panjang, kacang buncis, petola dan timun penghujung bulan 2. Walaupun kemarau berpanjangan, alhamdulillah pokok masih hidup sehingga sekarang. Gambar saja tak sempat nak tangkap, mungkin akan diupdate pada post akan datang. Dalam sejarah, saya menyiram pokok secara manual menggunakan bekas siram yang biasa orang siram pokok bunga diladang.. Memang meletihkan, tapi cukup puas hati sebab pokok subur dan mengeluarkan hasil sehingga sekarang.

Semasa musim kemarau saya hanya menyiram pokok sayur dicampur dengan baja organik buatan sendiri. Dah hampir 4tahun saya menggunakan baja organik tersebut dan pokok yang ditanam amat memuaskan. Baja organik tu memang sesuai untuk mereka yang kurang modal dam mahukan pokok sayur yang cantik dan tahan lama.

Di samping itu, penjualan biji benih online akan diteruskan selagi masih ada mereka yang berminat nak beli. Bolehlah layari http://diaripetani.com/benihsayur . In shaa Allah benih yang dijual tumbuh dan kuantitinya banyak memang sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi berkebun pada masa lapang. Saya harap bagi pembeli harap bersabar menunggu barang dipos. Saya sangat sedih dan terkilan sebab ada sebahagian pelanggan yang tak sabar sangat nak terima benih.

Setakat ini dahulu post saya. Terima kasih.

 

Dapatkan Benih Sayur Online, Klik Sini!

terung-bulatlobak-putih

Share
Jan 24
Tanaman Cili Padi Kampung
posted by: admin in Cili Padi Kampung, Timun on 01 24th, 2014 | | 8 Comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ini adalah merupakan kemaskini tanaman cili padi di kebun saya. Pada bulan Disember 2013 saya ada tanam sebanyak 250 pokok benih cili diladang. Tujuan tanaman yang sedikit adalah untuk membuat pembenihan baru. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan pokok yang ditanam sebelum nie kurang menjadi dan terbantut. Jadi, untuk tanaman yang sedikit nie saya telah menyemai benih dahulu ke dalam polibeg supaya pokok lebih tahan apabila dipindah di atas batas.

Biasanya awal tahun nie musim berangin dan mungkin kemarau.  Jika tanam terus tanpa menyemai dalam polibeg akan menyebabkan benih terbantut kerana kekurangan air. Bila dah semai dalam polibeg akar pokok dah mula banyak dan jika dipindah atas batas ia akan lebih tahan dan cepat membesar walaupun kekurangan air.

anak-cili-padi

Walaupun kerja lebih sikit untuk mengisi tanah dalam polibeg 5 x 7 cm bagi menyemai benih ia amat berbaloi kerana peratus pertumbuhan pokok yang tumbuh subur adalah tinggi. Kekurangan air tidak membantutkan pertumbuhan anak pokok cili padi. Selain itu, untuk mengurangkan kos menyemai benih saya telah menjual 250 anak pokok cili padi kampung pada orang kampung dengan harga RM 2 sepokok. Sambutan amat menggalakkan dan permintaan untuk benih tumbuh adalah tinggi kerana memudahkan pembeli menanam cili padi. Biasanya selepas sebulan anak pokok cili padi dalam polibeg dipindahkan, pokok akan mula mengeluarkan bunga dan berbuah.

pindah-cili-padi

Jika ladang anda kekurangan air, musim kemarau dan ingin tanam atas tanah bolehlah gunakan teknik ini iaitu menyemai dahulu benih dalam polibeg. Sambil menyemai bolehlah mencari untung dengan menjual anak pokok. Biasanya selepas 3 hari pokok akan terus segar kerana akar anak benih cili mula berkembang dalam tanah. Dapat siram sekali sehari untuk permulaan sudah mencukupi.

250-cili-padi

Jarak tanaman anak pokok cili padi antara pokok yang lain adalah 4 kaki saya tanam. Di antara pokok cili saya tanam bendi untuk sementara waktu. Mengikut pengalaman saya pokok cili yang ditanam jarak 4 kaki ini akan bercantum dengan pokok cili sebelah jika pokok subur dan pembajaan pokok mencukupi. Jika anda kekurangan modal tanaman cili padi kampung adalah yang terbaik untuk permulaan kerana pokok mudah ditanam dan kurang masalah berbanding cili lain.

Kepada anda yang ingin mendapatkan benih cili padi kampung kenalah tunggu pokok cili padi ni berbuah :-). Jenis cili padi kampung ini yang besar-besar dan buahnya keras. Ada 3 jenis cili padi kampung sebenarnya dan ini adalah yang terbaik antara benih cili padi kampung yang lain sebab buahnya besar.

Setakat ini dahulu post saya, nantikan post akan datang bila pokok cili nie dah besar dan mula berbuah.

Terima kasih

 

 

Dapatkan Benih Sayur Di Sini! Klik Sini!

2 Benih Baru!!

Terung-Pendek timun-batu

 

Share
Dec 13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Kepada yang gemar menanam sayur di kawasan rumah anda boleh dapatkan benih sayur disini. Kenapa perlu beli disini? Sebabnya benih disini dijual dengan harga yang berpatutan. Mungkin ada yang kata benih disini mahal sebab harga sepaket RM 3. Di pasaraya ada jual harga RM 2 sahaja. Saya pun rajin juga membeli benih dipasaraya untuk membuat kajian. Setelah diperhatikan benih yang dijual mempunyai kuantiti yang sedikit jika dibandingkan dengan benih yang dijual di sini.

Sebagai contoh, sepaket benih jagung (gambar sebelah kiri) berharga RM 3 yang dibeli di sini mempunyai kandungan sebanyak 50 biji, manakalah benih jagung berharga RM 2 hanya mempunyai kandungan 10biji sahaja. Mana yang lebih untung? Anda boleh fikir ya. Lihat pada harga dan juga kuantiti. Jika lihat pada harga sahaja anda akan rugi.

beza-benih

Untuk lebih untung dapatkan benih dengan harga promosi RM30 untuk 10paket benih termasuk kos penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia (Sabah/Sarawak RM35 untuk 10 Paket). Anda dah jimat RM6 kos poslaju sebab saya yang tanggung.

Adakah benih sayur ini tahan lama? Pertanyaan yang selalu anda fikir. Benih sayur memang mempunyai tempoh luput. Biasanya benih-benih sayur tahan sehingga 2 tahun, tapi tu bergantung pada cara penyimpanan benih sayur anda. Ada juga benih yang tidak tahan sehingga 2 tahun iaitu jagung manis hanya tahan  6bulan sahaja.

Bagaimana cara untuk benih tahan lama? Perkara yang paling baik  setelah membeli benih sayur adalah dengan menanam terus benih yang anda beli. Jika mempunyai lebihan benih, simpan benih tersebut dalam plastik dan kemudian masukkan benih tersebut ke dalam peti ais pada bahagian bawah tempat kering (biasanya tempat simpan sayur). Jangan biarkan benih terdedah kepasa suhu yang tinggi (terkena cahaya matahari secara terus). Ini boleh menyebabkan benih rosak dan benih tidak akan bercambah.

Setakat ini dahulu sedikit perkongsian saya bagi cara penyimpanan benih. Jumpa lagi dalam pos akan datang.

 

Terima Kasih

 

Dapatkan Benih Sayur Di Sini! Klik Sini!

 

 

Share

« Previous Entries Next Entries »