Blog Pertanian» Blog Archive » Masa Untuk Menanam Semula
May 19
Masa Untuk Menanam Semula
posted by: admin in Kacang Buncis, Kacang Panjang on 05 19th, 2014 | |

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Memang lama sangat saya tak update blog nie. Macam-macam dugaan untuk bulan-bulan lepas yang telah ditempuh..  Antaranya adalah musim kemarau yang agak panjang dan menyukarkan untuk menanam sayuran sebab kolam kering. Dalam sejarah saya menanam selama 4 tahun, tahun inilah kemarau paling panjang dan memang tak boleh nak tanam apa-apa.

Saya ada juga menamam kacang panjang, kacang buncis, petola dan timun penghujung bulan 2. Walaupun kemarau berpanjangan, alhamdulillah pokok masih hidup sehingga sekarang. Gambar saja tak sempat nak tangkap, mungkin akan diupdate pada post akan datang. Dalam sejarah, saya menyiram pokok secara manual menggunakan bekas siram yang biasa orang siram pokok bunga diladang.. Memang meletihkan, tapi cukup puas hati sebab pokok subur dan mengeluarkan hasil sehingga sekarang.

Semasa musim kemarau saya hanya menyiram pokok sayur dicampur dengan baja organik buatan sendiri. Dah hampir 4tahun saya menggunakan baja organik tersebut dan pokok yang ditanam amat memuaskan. Baja organik tu memang sesuai untuk mereka yang kurang modal dam mahukan pokok sayur yang cantik dan tahan lama.

Di samping itu, penjualan biji benih online akan diteruskan selagi masih ada mereka yang berminat nak beli. Bolehlah layari http://diaripetani.com/benihsayur . In shaa Allah benih yang dijual tumbuh dan kuantitinya banyak memang sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi berkebun pada masa lapang. Saya harap bagi pembeli harap bersabar menunggu barang dipos. Saya sangat sedih dan terkilan sebab ada sebahagian pelanggan yang tak sabar sangat nak terima benih.

Setakat ini dahulu post saya. Terima kasih.

 

Dapatkan Benih Sayur Online, Klik Sini!

terung-bulatlobak-putih

Use Facebook to Comment on this Post

Share

2 Responses to “Masa Untuk Menanam Semula”

  1. boleh tak kongsikan cara nak buat baja organik tu

  2. Saya akan menulis cara buat baja organik cecair pada masa akan datang.. Buat masa sekarang belum ada kesempatan untuk menulis.. Terima kasih..

Leave a Reply