Jul 19
Membaja Buah Jagung Manis
posted by: admin in Jagung Manis on 07 19th, 2011 | |

Hari nie dah masuk 40 hari usia jagung honey jean kat kebun saya. Pokok jagung dah mula keluar bunga, jadi baja buah perlu ditabur kerana buah-buah jagung sudah mula terbentuk. Lepas nie lagi seminggu dah boleh petik jagung muda. Sempatlah makan jagung muda sebelum puasa. 🙂 Petang tadi saya dah tabur 7kg baja buah jenis kuda singa 12.12.17.2+TE untuk 4000 pokok. Cukuplah letak sekali sebab pokok pun dah subur. Lepas nie cuma tunggu tuai hasil jer.

Baja Buah Kuda Singa (12.12.17.2+TE)

 

30 minit juga masa diambil untuk menabur baja ke pokok jagung. Laluan nak tabur sempit sikit sebab pokok dah besar dan tinggi. Masalah yang timbul sekarang cuma rumput punyalah tebal dan tak sempat nak cabut. Kena dulukan kerja yang lain terlebih dahulu. Pekerja part time pun tak sempat nak cabut. Hehe.

Jagung Dah Mula Berbunga

 

Dah macam tak ada laluan kat jagung tu. Nasib baik tanam atas batas. Kalau tak ada batas memang susahlah nak buat kerja. Selepas menuai jagung rakan saya akan bekerja mengambil batang jagung untuk memberi makan pada kambing dia. Di sini dah untung sebab tak perlu upah orang bersihkan. Sama-sama untung (win-win situation). Memang makan mewahlah kambing dia nanti. Hehe. Nak tengok kambing dia klik sini.

Ok, Setakat nie dahulu post saya. Jumpa lagi yer dalam post akan datang…

Use Facebook to Comment on this Post

Share

Leave a Reply