Penyediaan Tanah Tanaman Cili Padi Kampung Dan Bendi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita kembali. Harap maaf kerana tidak sempat update blog selama sebulan kerana sibuk menguruskan kebun. Alhamdulillah projek tanaman cili padi kampung 2000 pokok dan bendi 2000 pokok telah siap disempurnakan. Dijangka bulan 4 nie bolehlah mula menuai hasil.

 Tanaman cili padi kampung dan bendi ini ditanam secara berperingkat iaitu 3 fasa. Antara sebab utama adalah faktor benih cili yang belum cukup besar, cuaca panas terik  dan pekerja sambilan yang tidak sempat datang. Nak tanam sesorang memang tak sempat  :-). Lagipun waktu sekarang taburan hujan di sini amatlah kurang sehinggakan kolam air hampir kering.

Ini adalah gambar sebahagian benih cili padi kampung yang telah disemai bulan disember tahun lepas:

Kerja-kerja penyediaan tanah (rotor) sebelum menanam juga mengambil masa yang lama disebabkan tiada jentera yang masuk disebabkan hujan pada bulan disember. Oleh itu, kerja-kerja penyediaan tanah perlu dilakukan manual menggunakan cangkul. Mujurlah ada pekerja sambilan yang sanggup  menggembur tanah selama 3 minggu sebelum menanam. Selama seminggu pula kerja-kerja pemasangan plastik silvershine dijalankan. Mamang letih sangat masa tu sebab bos pun kena kerja juga :-).

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat tangkap. Maaf ya kualiti gambar kurang cantik.

 

Gembur tanah secara manual

Persiapan untuk memasang plastik atas batas

Plastik ditanam kiri dan kanan batas

Sambil kerja-kerja penyediaan tanah dijalankan, saya telah menyemai bendi 800 pokok dalam bekas untuk dipindahkan atas batas selepas seminggu. Kalau ikutkan campak terus benih dalam tanah lagi mudah. Tetapi memandangkan cuaca yang panas dan hujan tak turun-turun, semai dulu ditempat lain adalah langkah terbaik. Sebabnya peratus tanaman yang tumbuh adalah tinggi. Jika anda ingin menyemai terus ke tanah perlulah menyiram setiap hari. Kalau tak memang tak tumbuh atau benih bantut.

Gunakan tanah semai (holand peat) untuk menyemai benih dalam bekas. Selepas isikan tanah dalam bekas, masukkan benih 2 atau 3 biji dalam lubang bekas tersebut. Takut tak tumbuh kalau letak satu sahaja. Selepas siap semua siram benih tersebut. Jangan lupa campur sekali racun semut (plasbon) dan baja daun dalam air. Selepas seminggu boleh lah pindahkan benih atas batas.

Gambar-gambar benih bendi yang di semai

Ok, setakat nie dahulu post dari saya. Jumpa lagi post akan datang tentang pemindahan anak benih cili padi kampung dan bendi. Terima kasih.

Share

20 thoughts on “Penyediaan Tanah Tanaman Cili Padi Kampung Dan Bendi

Tinggalkan Balasan kepada Shazril Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *