Dec 25
Kuantiti VS Kualiti
posted by: admin in Cili Padi Kampung on 12 25th, 2011 | |

Selamat bertemu kembali. Pada post kali ini saya ingin membincangkan satu topik berkaitan kuantiti dan kualiti dalam aspek menanam sayuran. Apa yang akan saya bincangkan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan yang bertani dalam menanam sayuran atau apa jenis pokok.

 

 

Kuantiti yang dimaksudkan disini adalah bilangan pokok yang ditanam dalam dalam sesuatu masa disebuah kebun. Manakala, kualiti bermaksud jumlah hasil pertanian yang dihasilkan dari pokok yang ditanam.

Mana yang lebih penting? Sebenarnya kedua-dua aspek tersebut adalah penting. Di sini, saya ingin menyatakan apa yang perlu diambil berat terlebih dahulu dalam pertanian adalah kualiti. Kemudian, barulah kita boleh memandang aspek kualiti.

Masa baru-baru memulakan projek dikebun, saya telah menanam pokok cili padi centil sebanyak 2000 pokok atas tanah. Pada fikiran saya pada masa itu dengan menanam pokok sebanyak itu boleh membuatkan saya kaya dan mendapat wang yang banyak. Namun, semuanya silap dan menyebabkan saya gagal. Pokok yang ditanam diserang penyakit antraknos dengan begitu cepat kerana musim hujan dan kurangnya ilmu pada masa itu.

Sebelum menanam saya dah buat pengiraan sepokok boleh hasilkan 1kg sebulan. Kalau ada 2000 pokok mesti boleh dapat 2000kg (2 tan). Harga 1kg cili pada masa itu RM7/kg. Maka, boleh dapat RM14,000 sebulan. Wah memang lumayan. Tapi semuanya hanya kira-kira jer. RM1000 sebulan pun tak dapat. Projek yang dijalankan gagal dan tak balik modal.

 

 

Apa yang saya nak tekankan di sini adalah jika anda baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian, anda perlu mencari ilmu terlebih dahulu dan fahami sepuas-puasnya. Kemudian, cuba buat projek yang kecil dahulu dan pastikan projek anda menjadi dan mengeluarkan hasil yang berkualiti. Apabila dah mendapat pengalaman dan kebolehan menanam barulah anda boleh membuat projek yang besar. Pastikan anda sendiri yang buat dan bukan upah orang lain.

Saya pesan kepada rakan saya, jangan kejar kuantiti tapi hasilkan pokok yang berkualiti. Yang sedihnya ada rakan saya yang tak percaya cakap saya dan tak dapat untung banyak. Saya menanam hanya 600 pokok cili sahaja boleh mendapat 1 tan semusim. Dia tanam 1000 pokok hanya dapat kurang 1 tan sebab pokoknya cepat mati.

Kesimpulannya, tanam pokok sedikit dan jaga pokok dengan baik dan anda akan mendapat hasil yang berkualiti.  Jika anda mempunyai ramai pekerja, modal besar dan mampu usahakan tanaman anda bolehlah menanam pokok dengan kuantiti yang besar. Inilah rahsia saya menanam sayur. Tanam sedikit tapi hasil berkualiti dan dapat harga tinggi. Hanya tanam ikut kemampuan anda!

Setakat ini dahulu post saya untuk kali ini. Saya akan cerita lagi masalah lain dalam bidang pertanian. Terima kasih..

Use Facebook to Comment on this Post

Share

2 Responses to “Kuantiti VS Kualiti”

  1. memang menarik info yg saudara postkan ini. semoga ada lagi info2 berkenaan masalah2 dlm bertani.

  2. Harap sudi lah dtg lagi.. saya cuba kongsi sedikit ilmu tentang bertani. Tq.

Leave a Reply