Cili Padi Dan Bendi Mula Mengeluarkan Hasil (7 Minggu)

Selamat bertemu kembali kepada semua pembaca blog ini. Bulan 7 dah pun menjelang, maka lagi sebulan kita akan berpuasa. Bulan nie memang sibuk nak siapkan kerja yang berat-berat sebab takut tak tahan bulan puasa nanti. 🙂 . Hari nie saya nak kongsi lagi gambar pokok cili padi kampung dan bendi saya yang dah mula mengeluarkan hasil sikit-sikit. Setakat nie baru dapat keluarkan 1kg buah cili padi sahaja. Buah bendi dapatlah 15batang masa petik tadi. Lagi 2 minggu hasil dijangka meningkat dan bolehlah cari duit untuk hari raya. Hehe.

 

 

Saya jangka untuk permulaan boleh memetik cili padi kampung 100g sepokok. Di kebun saya sebanyak 300 pokok cili padi kampung dah matang dan boleh dituai buahnya. Pokok-pokok cili mula mencapai ketinggian 2kaki dari paras tanah dan mula mengeluarkan putik bunga yang banyak. Buah cili padi kampung yang berwarna hijau berkilat sesuai dipetik kerana sudah cukup matang dan mempunyai rasa yang sangat pedas. Kalau makan banyak-banyak boleh cirit-birit. Hehe.

Inilah gambar pokok cili padi yang mempunyai ketinggian lebih kurang 2 kaki:

 

Pokok bendi dikebun saya rata-rata dah mula mengeluarkan bunga berwarna kuning. Bunga bendi kembang pada waktu pagi. Selepas bunga bendi layu dan gugur, putik buah bendi akan mula terbentuk dan boleh dituai selepas 4hari.  Masalah yang terdapat pada pokok bendi adalah serangan semut yang menggigit buah bendi sehingga menyebabkan buah menjadi bengkak. Pokok bendi perlu disembur racun serangga untuk semut apabila pokok diserang semut.

Gambar kat bawah menunjukkan bunga bendi yang sedang kembang dan buah bendi yang mula terbentuk.

Lepas nie pokok bendi akan mengeluarkan hasil setiap hari. Pokok-pokok bendi yang bercabang adalah yang terbaik kerana akan mengeluarkan hasil yang banyak. Nak dapat 1kg buah bende kena petik 45- 50biji buah bende. Kalau ada 500 pokok dianggarkan boleh dapat 10kg atau lebih setiap hari.

Ok, setakat nie dahulu post untuk cili padi kampung dan bende. Jumpa lagi dalam keluaran post akan datang. Terima kasih.

Share

2 thoughts on “Cili Padi Dan Bendi Mula Mengeluarkan Hasil (7 Minggu)

    • Author gravatar

      I wish I had a maple tree in my garden, Id enjoy
      maple syrup on my cereal every day. Unfortunately I dont
      live in Canada. Anyway, the maple roses look lovely

    • Author gravatar

      All I can point out is, I am not sure what to actually say!

      Except obviously, for that the superb tips that happen to be shared
      within this blog. I can think of the thousand fun methods to read that the reports on this site.
      Im sure I will eventually take a step employing your tips on
      those things I could not are able to deal with alone. Youre so careful to let me
      be one of those to benefit from your valuable information.

      Please identify how a great deal I appreciate it.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *